Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Inovasi Kecantikan Terkini Kamu Harus Tahu

5 Inovasi Kecantikan Terkini Kamu Harus Tahu

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse
3. Botanifique oleh Lux Premium di Jepun 

Di samping teknologi, Botanifique oleh Lux Premium menggunakan sains bahan semula jadi untuk menghasilkan syampu botani berkualiti tinggi. Dengan gaya hidup semula jadi dan holistik yang semakin meningkat di Jepun, tidak hairanlah Botanifique oleh Lux Premium menarik banyak perhatian.

Menggunakan 100 peratus Minyak Organik Tulen Andean, diekstrak hanya dari kira-kira 5,500 biji rosehip, dan minyak pati semula jadi untuk menambah wangian, syampu ini bebas daripada silikon, paraben dan pewarna sintetik. Bahan-bahan pembersih yang berasal dari tumbuh-tumbuhan akan membantu membersihkan rambut kamu sambil mengembalikan kilauan dan kelembutan rambut.

 

 

LUX PREMIUM BOTANIFIQUE, JPY1,140 (Anggaran RM45)

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru