Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Inovasi Kecantikan Terkini Kamu Harus Tahu

5 Inovasi Kecantikan Terkini Kamu Harus Tahu

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Vaseline Deodorant Dry Serum di Thailand

Sekiranya kamu tidak pernah dengar tentang deodoran serum kering, inilah dia! Vaseline Deodorant Dry Serum telah membuat gelombang besar di Thailand (dan kini di meja kecantikan Cosmo!) Dengan formula baru  mengagumkan yang segera kering selepas dipakai, ia adalah Deodorant Dry Serum pertama dari jenama ini dalam bekas tiub membolehkan kamu meluncur formula ringan pada bawah lengan dengan lancar. Apa yang kami suka tentang produk ini adalah ia dengan serta-merta memberikan bahagian bawah lengan tekstur licin tanpa perlu menunggu untuk kering!

Vaseline Deodorant Dry Serum juga membantu melembapkan dan mencerahkan bahagian bawah lengan yang gelap. Ia mengandungi collagen booster untuk menyihatkan dan merawat hingga 20 lapisan kulit, serta Vitamin B3 untuk meratakan ton kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dari masa ke semasa. Deodoran ini telah diuji secara klinikal dan bebas paraben jadi ia bagus untuk kulit sensitif. Tambahan ia mempunyai perlindungan peluh dan bau 48 jam, membuatkan kamu selesa sepanjang hari!

VASELINE DEODORANT DRY SERUM, THB119 (Anggaran RM15)

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru