Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
diy project

5 Hobi Paling Cool Yang Patut Kamu Cuba

Letak telefon pintar kamu dan cuba aktiviti baru yang lebih bermanfaat! lagipun terlalu lama menghadap telefon pun bukannya baik untuk kesihatan kamu! Cosmo senaraikan lima hobi baru yang patut kamu cuba. Paling penting tidak membuang masa dan lebih sihat. 

diy project
Belajar Bahasa Asing
Alangkah seronoknya jika kamu mampu menguasai dan bertutur dalam bahasa lain selain daripada bahasa ibunda kamu. Kalau kamu belajar bahasa asing yang baru, bukan sahaja mencabar otak tetapi sebenarnya akan menjadi satu ketagihan yang baik. Tonton filem bahasa asing yang mempunyai sari kata dalam bahasa yang kamu faham. Beli dan baca buku untuk belajar bahasa lain. Praktis di depan cermin ataupun berbual dengan rakan yang tahu juga bahasa tersebut. Bahasa asing paling popular untuk dipelajari ialah bahasa Korea, Jepun, Sepanyol dan Jerman!

Fotografi
Bukan saja seronok tetapi fotografi adalah hobi paling mendatangkan keuntungan. Kalau kamu sudah mahir dengan fotografi, kamu boleh jadikan profesion jurugambar sebagai pendapatan pasif. Jika kamu suka mengembara, gunakan peluang ini untuk mencuba pelbagai teknik fotografi yang baru. Tak perlu habiskan duit membeli buku rujukan, kamu boleh tonton video tutorial di Youtube. Jangan lupa kongsi foto terbaik hasil kerja kamu di laman sosial. Bukan nak berbangga, tetapi pujian dan kritikan diperlukan untuk kamu perbaiki kemahiran fotografi kamu.

Gubahan Bunga
Menggubah bunga memerlukan kreativiti terutama dari segi susunan dan pemilihan jenis bunga. Lelaki perlu mencuba hobi ini kerana kesabaran kamu akan diuji ketika asyik menggubah bunga. Kalau kamu dah mahir menggubah, boleh bantu rakan kamu menghias pelamin dan meja makan tetamu di hari persandingan mereka.

Mendaki Bukit atau Gunung
Aktiviti mendaki bukan sahaja antara kardio terbaik yang akan membakar lemak kamu dengan banyak, tetapi ia hobi yang sihat apatah lagi dilakukan di kawasan alam semulajadi. Mendaki juga adalah terapi terbaik untuk tekanan dan stres. Tapi jangan lakukannya seorang diri! Ajak rakan atau teman lelaki kamu sekali.

DIY
Cuba punggah dapur atau bilik stor kamu. Segala botol, kaca hiasan, balang ataupun kayu perabot yang tidak digunakan boleh diubah suai menjadi barang perhiasan. Kalau kamu malas untuk kitar semula, guna semula barang terbiar ini dan kamu telah menjimatkan duit dan menjaga alam sekitar.

Foto: 123rf.com/Sumber: Majalah Eh!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness