5 Gaya Rambut Paling Ringkas ke Gim, Lebih Bagus Dari Ponytails
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Gaya Rambut Paling Ringkas ke Gim, Lebih Bagus Dari Ponytails

Rambut bukan lagi masalah malah kelihatan cute. Hey, gaya ponytails bosanlah. There, I said it.

Tak kisahlah rambutmu kelihatan seperti apa di gim, namun sesekali mengerling cermin melihat bayangan sendiri nak juga rasa, “Hm, boleh tahan!” Ceduk ilham gaya berinspirasi dari Cosmobody dan update rambut mu setiap hari.

 

1. Pony Braid: Penyelamat bagi si rambut kerinting (Braids disguise ridges too). Mudah sahaja mengikatnya, hanya tiga saat dan bersenam pun lebih selesa.

Bagaimana: Guna getah elastik untuk mengikat rambut setinggi ponytail. Danda (regular atau fishtail, jika nak kelihatan fancy). Hampir hujung rambut, ikat sekali lagi dengan getah elastik.

 

2. Braide Bun: Gaya sanggul balet ini kelihatan chic di kelas sporty fitness seperti bootcamp dan indoor cycling. Tak seperti ponytail, sanggul ini tidak menggangu belakangmu.

Bagaimana: Ikut cara di atas. Cuma balut dandan mengikut bulatan pada asas ikatan ponytail dan ikat dengan satu atau dua getah elastik.

 

3. Pigtail Braids: Sangat sporty dan menawan, double braids ini ada dua fungsi: Mengekalkan rambut jatuh ke muka dan lebih kemas dari ponytail, hanya perlu satu getal elastik untuk kekal ditempatnya.

Bagaimana: Belah tepi terlebih dahulu, kemudian bahagi dua rambut belakang sama rata. Ikat satu bahagian rambut dengan satu getah agar tidak menggangu kamu melakukan French braid pada bahagian sebelah lagi. Tinggalkan dua atau tiga inci dan ikat hujung braid dengan getah elastik. Buka ikatan di rambut sebelah dan ulang.

 

4. Side Braid Bun: Kamu suka gaya pigtail braid tetapi kurang selesa apabila hujung rambut terkena leher atau belakang, jadi gaya swept-back ini sesuai buatmu. Gaya ini nampak lebih lembut dari ponytails lain, dan pasti kamu kelihatan berbeza dari gadis lain di gim.

Bagaimana: Ikut arahan no. 3, kemudian ikat dengan getah kedua-dua braid dalam kedudukan pony yang rendah separas tengkuk. Balut hujung keliling dengan getah dan kemaskan dengan pin.

 

5. Braided Halo: Sempurna untuk aktiviti kurang berpeluh seperti yoga atau pilates ringkas, kerana rambut gaya ini tidak jatuh ke wajah dan pasti jadi lirikan wanita di atas mat belakang. Tidak seperti ponytails, yang meninggalkan ridges rambut dan nampak awkward sikit, tapi gaya ini nampak lebih lembut, beralun bila dilepaskan ke bawah. Jadi kamu boleh meneruskan hari dan menyorok peluh (andai kamu berhajar tidak mandi selepas itu).

Bagaimana: Mulakan pada bahagian tengah, French braid rambut pada sisi kiri kepala sehingga melepasi telinga kiri. Tukarkan pada braid biasa (sambung sahaja dandanan tanpa mengutip rambut bahagian lain), sambung sehingga braid mencecah tengah belakang kepala. Ikat dengan getah elastik dan ulang pada bahagian sebelah lagi. Kemudian ikat braids tadi ketat separuh pony sahaja. Akhir sekali buang getah elastik diguna untuk kemaskan hujung braid.

Artikel asal: Elizabeth Narins

Sumber: Cosmopolitan US

Foto: 123rf.com