Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Fun Games Kamu Perlu Cuba Bersama Suami

Mencuba aktiviti baru memang sihat untuk perhubungan kerana pengalaman yang segar akan buat kamu rasa seperti baru bercinta.

Cosmo cipta permainan yang kamu boleh semarakkan lagi your twosome. Disebabkan kamu sentiasa nak tahu apa yang buat suami teruja, games ini dicipta khusus untuk mendedahkan sisinya yang mungkin kamu tak perasan sebelum ini: Kegemaran, tak suka, fantasi, sama ada kalian sanggup lepak bersama di pantai tanpa seurat benang… Gunakannya bila kalian ada masa berdua nanti.

Foto: shutterstock.com

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

GAME 3: Idea Janji Temu Hebat

Menurut pakar psikologi, perkara yang buat kamu tertawa mendedahkan jenis aktiviti yang kamu paling seronok lakukan. Kamu dan suami kena pilih filem mana yang buat kamu paling gembira. Setelah selesai, ketahui rancangan yang patut dibuat.

 

(1)

Bridesmaid

Anchorman

Old School

Pineapple Express

The Hangover

Hall Pass

 

(2)

Election

Dinner for Schmucks

Office Space

Sunshine Cleaning

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Saved!

 

(3)

Wedding Crashers

Forgetting Sarah Marshall

Istanbul Aku Datang

Kung Fu Panda

Date Night

Just Go With It

 

KEPUTUSANNYA:

JIKA KAMU PILIH FILEM DARI KOTAK 1

Bila tonton komedi, kamu suka yang ringan. Sentimen sebegitu menunjukkan kamu sebenarnya suka immediate fun payoff. Contohnya, janji temu di taman tema memang sesuatu yang kamu boleh enjoy. Aktiviti lain yang pasti kamu suka: tonton persembahan di club dan piknik di luar (siap ada belon lagi).

 

JIKA KAMU PILIH FILEM DARI KOTAK 2

Sense of humour kamu sedikit “gelap” – kamu lebih sukakan lawak bermakna. Menonton persembahan komedi untuk lihat bakat baru adalah pilihan aktiviti hujung minggu. Lakukan sedikit kajian tentang siapa yang berlakon dan pastikan gayanya lebih witty daripada gross-out (not your thing). Jika nak lepak di rumah: keluarkan permainan perkataan tapi suntikkan elemen nakal padanya ya.

 

JIKA KAMU PILIH FILEM DARI KOTAK 3

Bila bab kelakar, kamu suka gabungan ha-ha dan sentimental. Itu sebab filem komedi romantik light-hearted adalah kegemaranmu. Rancangan satu malam untuk kamu kongsikan filem zaman kanak-kanak lama supaya kamu boleh ketawakan fesyen, potongan rambut dan stunt ‘era lama’ itu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert