Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Fun Games Kamu Perlu Cuba Bersama Suami

Mencuba aktiviti baru memang sihat untuk perhubungan kerana pengalaman yang segar akan buat kamu rasa seperti baru bercinta.

Cosmo cipta permainan yang kamu boleh semarakkan lagi your twosome. Disebabkan kamu sentiasa nak tahu apa yang buat suami teruja, games ini dicipta khusus untuk mendedahkan sisinya yang mungkin kamu tak perasan sebelum ini: Kegemaran, tak suka, fantasi, sama ada kalian sanggup lepak bersama di pantai tanpa seurat benang… Gunakannya bila kalian ada masa berdua nanti.

Foto: shutterstock.com

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

GAME 2: Ramal Masa Depan

Minta suami berikan tiga jawapan paling utama untuk setiap soalan. Kemudian suruh dia pilih nombor antara 2 ke 10. Kira mengikut nombor dipilih; bila kena pada nilai yang disebut, padam jawapan itu. Teruskan hingga ada satu jawapan dalam setiap kategori. Kemudian, turn kamu pula.

 

For Him…

  • Tiga tempat di mana kamu rasa akan jadi tempat tinggalmu.

 

  • Tiga kerjaya paling cool kamu nak buat.

 

  • Hobi seksi yang kamu nak sangat cuba.

 

  • Jika menang loteri, tiga benda yang kamu nak beli?

 

GAME 2: Ramal Masa Depan 2.0

Sekarang giliran kamu. Isi jawapan kamu mengikut soalan berikut, pilih satu nombor dan kali ini biar suami yang figure out masa depan kamu. Memanglah tak 100 peratus tepat tapi jawapan yang kalian dapat sudah tentu mengujakan.

 

For Her…

  • Tiga tempat di mana kamu rasa akan jadi tempat tinggalmu.

 

  • Tiga kerjaya paling cool kamu nak buat.

 

  • Hobi seksi yang kamu nak sangat cuba.

 

  • Jika menang loteri, tiga benda yang kamu nak beli?

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert