5 Cara Untuk Jatuh Cinta Sekali Lagi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Untuk Jatuh Cinta Sekali Lagi

Oops! Bukan dengan jejaka baru ya, tetapi dengan pasangan sedia ada kamu.

Foto: Shutterstock.com

1. Date Each Other (Again)

Memang mudah untuk tetapkan masa dan komitmen pada kerjaya serta teman-teman, dan mengharapkan masa untuk pasangan akan datang dengan sendirinya tanpa perlu diatur. Hello, tak kira apa pun, carilah waktu sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk kalian berdua ya.

2. Ingat Kembali Saat Indah

Cuba imbas kembali kenangan yang kalian cipta selama ini. Selak album lama (kalau ada), mainkan lagu yang mengingatkan kalian pada pertemuan pertama dulu, atau lepak di tempat kalian di mana kalian berkenalan. Mengenang memori manis boleh hangatkan kembali perhubungan.

3. Semarakkan Romantis

Dalam perhubungan jangka panjang, kamu perlu sentiasa cipta saat romantis untuk meredakan tekanan yang dihadapi setiap hari. Fikirkan tentang sensualiti dan suasana yang membangkitkan jiwa, daripada pilihan haruman, pakaian hinggalah ke muzik.

4. Luahkan Perasaan

Kamu tahu kamu sayangkannya, begitu juga sebaliknya. Tapi perkataan keramat sayang atau rindu memang perlu diluahkan. Tinggalkan nota di cermin bilik mandi, hantar pesanan teks manja, atau sediakan makan malam enak untuknya. Itu pun sudah memadai.

5. Hargai Pasangan

Pujian tanpa sebab boleh buat kamu rasa dihargai. Bila kamu pandang ke dalam mata si dia, fikirkan apa yang kamu suka tentangnya dan jangan lupa beritahunya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor