Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Untuk Berhenti Membenci Kerjaya Kamu

Kerana kamu perlukan sumber pendapatan and can't just quit!

Pop quiz: Adakah pekerjaan kamu... A) Membosankan, B) Tiada masa depan, C) Dikelilingi rakan sekerja yang menjengkelkan, atau D) Mana-mana kombinasi di atas? 

Kebanyakan orang pernah merungut tentang salah satu masalah di atas, namun tak ramai yang berani berhenti kerja disebabkan hal tersebut. Apa yang boleh kamu buat: "Ubah cara kamu berfikir tentang waktu kerjamu," kata Daniel M. Cable, penulis Alive at Work. Mengubah mind-set akan membantu menjadikan waktu kerja kamu lebih menyeronokkan dan bermakna. Begini caranya... 

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Beri ganjaran pada diri sendiri

Setkan matlamat tempat kerja yang kecil dan spesifik, cadang Amy. Cabar diri sendiri untuk tidak merungut selama seminggu atau tidak membeliakkan mata bila bos minta kamu lakukan sesuatu yang kamu rasakan pointless. Kemudian, bila kamu berjaya lakukannya, reward diri sendiri dengan fancy latte, sesi manicure atau mandi buih. “Biasanya mudah untuk kita selesaikan sesuatu tugasan bila kita tahu ada ganjaran yang menanti,” kata Amy. Dan menyingkirkan drama serta rungutan daripada minda kamu boleh buatkan kamu rasa lebih baik mengenai pekerjaanmu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor