Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Untuk Berhenti Membenci Kerjaya Kamu

Kerana kamu perlukan sumber pendapatan and can't just quit!

Pop quiz: Adakah pekerjaan kamu... A) Membosankan, B) Tiada masa depan, C) Dikelilingi rakan sekerja yang menjengkelkan, atau D) Mana-mana kombinasi di atas? 

Kebanyakan orang pernah merungut tentang salah satu masalah di atas, namun tak ramai yang berani berhenti kerja disebabkan hal tersebut. Apa yang boleh kamu buat: "Ubah cara kamu berfikir tentang waktu kerjamu," kata Daniel M. Cable, penulis Alive at Work. Mengubah mind-set akan membantu menjadikan waktu kerja kamu lebih menyeronokkan dan bermakna. Begini caranya... 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Senaraikan perkara baik

So it’s not your dream job, tapi pasti ia ada sekurang-kurangnya satu aspek yang cool. Mungkin kamu dapat bekerja dengan BFF, atau pejabat kamu hanya 10 minit perjalanan dari rumah. Memberi fokus pada positiviti akan memudahkan kamu deal dengan kekurangan lain, kata Amy. “Bila kamu mempunyai sesuatu untuk rasa bersyukur, hari kamu di tempat kerja akan terasa lebih baik.” Bila-bila kamu terfikir tentang kelebihan ini, catat dalam buku nota atau telefon kamu. Mempunyai senarai yang kukuh untuk dilihat ketika kamu sedang kecewa boleh berikan kamu kegembiraan dan perspektif yang positif.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor