Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Untuk Berhenti Membenci Kerjaya Kamu

Kerana kamu perlukan sumber pendapatan and can’t just quit!

Pop quiz: Adakah pekerjaan kamu… A) Membosankan, B) Tiada masa depan, C) Dikelilingi rakan sekerja yang menjengkelkan, atau D) Mana-mana kombinasi di atas? 

Kebanyakan orang pernah merungut tentang salah satu masalah di atas, namun tak ramai yang berani berhenti kerja disebabkan hal tersebut. Apa yang boleh kamu buat: “Ubah cara kamu berfikir tentang waktu kerjamu,” kata Daniel M. Cable, penulis Alive at Work. Mengubah mind-set akan membantu menjadikan waktu kerja kamu lebih menyeronokkan dan bermakna. Begini caranya… 

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Berhenti bergosip

Sesi gosip bos bersama rakan-rakan sekerja ketika makan tengah hari? Tak membantu, kata Amy Cooper Hakim, PhD, penulis bersama Working With Difficult People. Sesi mengutuk ini sangat tidak profesional dan boleh buat kamu tenggelam dalam lubang kebencian yang teramat. Dan ia langsung tak membantu dalam perkembangan kerjaya kamu. Masih perlu luahkan rasa tak puas hati? Itulah gunanya pasangan atau kawan-kawan . “Bila kamu perlu lepaskan perasaan tersebut, cuba bercakap dengan pasangan atau teman baik kamu,” cadang Amy. Mereka akan mendengar dan menyokong kamu tanpa menambahkan stress, dan mungkin juga akan memberi pendapat dari sudut positif. Juga, jangan lupa set masa maksimum 10 minit untuk sesi luahan tersebut supaya kamu tak hanyut dalam kekecewaan tersebut hingga buatkan orang lain juga turut serabut.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor