Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Unik Reset Minda Dan Tampil Lebih Yakin

Yes! Kamu boleh manipulasi cara kamu berfikir dengan pergerakan kecil supaya kamu rasa lebih gembira dan berkeyakinan. Gunakan helah hebat ini untuk reset mindamu.

Foto: Shutterstock.com

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu mahu..

Buat Keputusan yang Sukar

HELAHNYA:

Angkat objek berat, seperti pemberat kertas.

KENAPA IA BERKESAN:

Para penyelidik di Universiti Amsterdam mendapati apabila kamu memegang papan keratan yang berat, kamu akan terasa pendapat kamu lebih penting dan bernilai daripada orang yang mengangkat papan keratan yang ringan. Terjemahan: mengangkat sesuatu yang besar akan bantu kamu lebih yakin dengan apa-apa yang kamu sedang pertimbangkan. Jadi bila hendak membuat keputusan penting, seperti memulakan pekerjaan baru atau pindah rumah, otak kamu akan lebih peka menilai situasi tersebut dengan lebih serius.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert