Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Unik Reset Minda Dan Tampil Lebih Yakin

Yes! Kamu boleh manipulasi cara kamu berfikir dengan pergerakan kecil supaya kamu rasa lebih gembira dan berkeyakinan. Gunakan helah hebat ini untuk reset mindamu.

Foto: Shutterstock.com

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu mahu..

Berhenti Fikir Berlebihan

HELAHNYA:

Basuh tangan dengan sabun.

KENAPA IA BERKESAN:

Kajian terkini di Universiti Michigan mendapati apabila seseorang membasuh tangan selepas membuat keputusan, mereka akan kurang cenderung untuk meragui pilihan yang telah dibuat berbanding dengan mereka yang tidak membasuh tangan. Peserta penyelidikan tersebut diminta untuk menilai produk berlainan, seperti CD muzik, dan pilih beberapa CD untuk dibawa pulang secara percuma. Para peserta yang mencuci tangan selepas memilih CD kurang meragui pilihan mereka berbanding dengan peserta yang tidak membasuh tangan.

Jadi bila kamu terlalu obses sama ada kamu buat keputusan yang betul dan terbayang malapetaka yang mungkin terjadi, langkah ini akan bantu legakan minda kamu dari terus bingung. Yang menariknya, kajian terdahulu mendapati helah ini juga dapat bantu kamu rasa kurang bersalah selepas melakukan sesuatu yang tak baik, seperti menipu teman kamu. Tak ada sinki berdekatan? Gunakan tisu basah anti bakteria – ia sama berkesan.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert