Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Unik Reset Minda Dan Tampil Lebih Yakin

Yes! Kamu boleh manipulasi cara kamu berfikir dengan pergerakan kecil supaya kamu rasa lebih gembira dan berkeyakinan. Gunakan helah hebat ini untuk reset mindamu.

Foto: Shutterstock.com

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu mahu..

Halang Pertengkaran Kecil dari Melarat

HELAHNYA:

Anggukkan kepala tanda setuju.

KENAPA IA BERKESAN:

Kita akan kaitkan pergerakan tubuh dengan perasaan yang dirasai secara tidak sedar. Menurut kajian di Universiti Missouri bila kamu anggukkan kepala, otak kamu akan senang bersetuju dengan apa-apa yang didengari pada saat itu. Sebaliknya, bila kamu menggelengkan kepala akan buat kamu rasa lebih negatif terhadap seseorang atau situasi yang dialami. Maknanya, lain kali bila mahu hentikan perbalahan remeh dari bertambah teruk, anggukkan saja kepala semasa mendengar kata-katanya – kamu akan rasa lebih terbuka lalu menjumpai cara untuk berkompromi.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert