Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Unik Reset Minda Dan Tampil Lebih Yakin

Yes! Kamu boleh manipulasi cara kamu berfikir dengan pergerakan kecil supaya kamu rasa lebih gembira dan berkeyakinan. Gunakan helah hebat ini untuk reset mindamu.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu mahu..

Tampil Penuh Berkeyakinan

HELAHNYA:

Sambil duduk, letakkan sebelah tangan di atas tempat letak tangan, dan lagi sebelah diluruskan di belakang kerusi, dan buku lali disilangkan dengan lutut kaki lagi satu.

KENAPA IA BERKESAN:

Bila berada dalam posisi tersebut, kamu akan terasa rangsangan yang bertenaga, dedah kajian terbaru dari Universiti Northwestern. Tambahan pula bila kamu gunakan postur tersebut di hadapan bos, kamu akan kelihatan lebih berpengaruh, walaupun kamu hanyalah pangkat kuli sahaja.

Kajian berlainan yang dilakukan di Universiti Columbia dan Universiti Harvard telah jumpa sebabnya: duduk dalam posisi yang luas dan dominan (mana-mana posisi yang mengambil banyak ruang, seperti yang diterangkan di atas) akan merangsang tahap hormon testosteron – lalu kamu rasa lebih berkuasa – pada masa sama menurunkan jumpa hormon stres kortisol dalam sistem badan, membuatkan kamu tampak tenang dan yakin.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert