5 Cara Selesa Bertumit Tinggi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Selesa Bertumit Tinggi

Cantik dilihat, tapi sakit apabila dipakai. Tapi nasib baiklah ada cara dan produk untuk membantu kamu berasa lebih selesa apabila memakai kasut tinggi untuk jangka masa lama.

landscape-1443106130-main

  1. Kurangkan ketinggian tumit.

Kamu jatuh cinta dengan sepasang kasut tinggi di butik, tapi tumit 5 inci buatkan kamu berasa sangsi sama ada untuk beli atau tidak. Kamu boleh menghantarnya ke kedai baiki kasut untuk memendekkan tumit mengikut keinginan agar ia lebih selesa.

1432114789-tumblr_mvndx0czxx1s82pzao1_400

2. Tumpukan perhatian kepada cara kamu berjalan.

Berjalan dalam kasut tinggi sebenarnya ialah sains. Kamu tidak boleh berjalan dengan cara yang sama seperti kamu memakai kasut leper. Practice makes perfect!

gallery-1449246991-walking-in-heels

3. Pilih jenis kasut yang sesuai dengan kakimu.

Jika bentuk kaki kamu lebar dibahagian hadapan, pilih bentuk kasut yang tidak terlalu tirus agar jari kakimu masih mempunyai ruang untuk bergerak.

1449248195-asos-shoes

4. Cari kasut tinggi yang mempunyai platform.

Secara umumnya, kasut berplatform sangat selesa dan berikan sokongan yang kamu carikan apabila menggayakan kasut tinggi.

1449249063-674984-main

5. Bawa anti blister stick kemana-mana kamu pergi.

Jika kakimu jenis mudah melecet, item ini bakal menyelamatkan harimu. Simpankan dalam beg kala fashion emergency. Atau paling mudah bawa juga bersama plaster kecemasan dalam tas kamu.

1449249294-blister-stick

Foto: Tumblr/Giphy/Asos/River Island/Boots/Artikel asal: Jess Edwards

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva