5 Cara Seks Boleh Membunuh Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Cara Seks Boleh Membunuh Kamu

5 Cara Seks Boleh Membunuh Kamu

Sex is the best pleasure in life! Walaupun ia berikan manfaat kesihatan tapi jika tidak berhati-hati, seks juga boleh membunuh kamu.

 

Foto: 123rf.com

 

It’s not something most of us want to think about.  Kita semua sedia maklum bahawa seks berikan kenikmatan dan ia sebahagian daripada proses semula jadi dalam kehidupan manusia. Malangnya, ia juga boleh membawa maut. Walaupun situasi ini jarang berlaku, tapi tiada salahnya untuk kamu ketahui cara untuk kurangkan risikonya.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Penyakit kelamin mengurangkan jangka hayat

Penyebab utama kamu boleh terkena penyakit adalah melalui seks tanpa perlindungan. Penyakit ini termasuk genital herpes, hepatitis B, chlamydia, sifilis, gonorea serta HIV dan AIDS. Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus wanita dijangkiti penyakit kelamin setiap tahun dan 50 peratus pasangan yang tidak menggunakan perlindungan ketika seks akan dijangkiti.

Penyakit paling berbahaya adalah human immunodeficiency virus (HIV) di mana ia juga akan menyebabkan acquired immune deficiency syndrome (AIDS). Rawatan ubat boleh mengawal penyakit tersebut dan memanjangkan jangka hayat kamu. Pesakit yang tidak menerima rawatan mempunyai jangka hayat 10 hingga 15 tahun saja.

Penyakit humanpapilloma virus (HPV) juga boleh mengurangkan jangka hayat kamu. Ia merupakan penyakit kelamin paling biasa di Malaysia dan boleh menyebabkan kanser serviks, genital cancer dan anal cancer. Kajian daripada MAKNA dan National Cancer Society of Malaysia mendapati kadar five-year survival buat kanser serviks adalah sebanyak 72 peratus. Majoriti penyakit kelamin tidak mempunyai simptom awal, jadi penting untuk kamu dapatkan pemeriksaan dengan tetap. Kamu juga perlu menjaga kesihatan seks seperti membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan intim untuk mencegah sebarang jangkitan.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert