Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Cara Relaks Tanpa Perlu Meditasi

Walaupun kamu lebih gemar duduk sambil pejamkan mata dan bertafakur, cara di bawah ini lebih menyeronokkan.

CosmoINT Career

 

LOMPAT, JANGAN LARI
Kamu pasti tahu berlari salah satu cara terbaik untuk mengurangkan stress. Namun, melompat atas trampolin memberikan kesan lebih efektif sebanyak 68 peratus berbanding berjoging selama 30 minit, menurut ahli sains NASA. Jadi apa tunggu lagi? Ajak kawan-kawan kamu bermain trampolin. Pasti tidur malam kamu lebih lena.

 

LAYAN GAME
Muat turun aplikasi Zen Bound untuk isi masa dengan tenang. Apa tu? Permainan puzzle di mana kamu perlu balut barang dengan tali – pelik tetapi sangat berkesan.

 

GOT CAKE?
Menghidu bau kek coklat yang baru dibeli dapat menjadikan diri kamu lebih tenang, menurut Smell & Taste Treatment and Research Foundation of Chicago, Amerika Syarikat. Ya, hidu saja, bukan makan – ingat tu! Selain itu, bau-bauan yang mengingatkan kamu kepada sesuatu yang selesa, biasa dan sedap (seperti esen vanila sewaktu menolong nenek kamu bakar kek di dapur waktu kecil dulu) juga boleh membantu.

 

TENGOK YOUTUBE
Ada satu akaun di YouTube dikenali sebagai Sleep Whisperes yang memuat naik video mereka dengan perlahan mengetuk kotak kadbod, plastik serta membuat bunyi lain yang dikatakan boleh mencetuskan autonomous sensory meridian response (ASMR) yang akan buatkan kamu rasa mengantuk. Apa kata kamu check them out di YouTube, TheWaterwhispers.

 

TEKAN PADA TITIK TEPAT
Tekan lembut bahagian di antara buku jari telunjuk dan jari tengah. Menurut Sharon Melnick, penulis Success Under Stress, cara ini dapat memberikan kamu ketenangan dan membantu menghilangkan tekanan yang sedang kamu alami.

 

Foto: Nick Onken

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor