5 Cara Bijak Untuk Berjimat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
save

5 Cara Bijak Untuk Berjimat

Adakah kamu seseorang yang sering mengira berapa hari lagi gaji nak masuk? Atau adakah kamu terlalu cermat berjimat hingga tidak boleh enjoy hasil kerja keras kamu? Cosmo kongsikan lima cara bijak dan bernas untuk kamu berbelanja. Jadikan ia amalan okey.

save

 

1. Bila memandu, pandu dengan kelajuan yang ditetapkan. Memecut secara mengejut dan sebaliknya menggunakan minyak yang lebih. Kamu juga boleh berjimat dengan memastikan tekanan tayar kereta diuji setiap bulan. Bila tayar kurang angin, kereta secara tak langsung menggunakan lebih petrol. Jadi jimat duit isi minyak dengan memandu secara cermat.

2. Membeli wardrobe baru secara online memanglah sangat mudah tapi bila dah pilih hampir satu almari baju, pastinya baki akaun bank pun berkurangan. Untuk bebelanja dengan bijak, pastikan kamu Google dan search jika ada voucher diskaun untuk laman web yang kamu minati tu. Dengan kod khas, kamu mungkin dapat diskaun hampir 15 peratus.

3. Telefon bimbit kamu dah mula buat hal? Kamu teringin nak ganti dan beli phone baru? Nanti dulu, ada perkara yang perlu kamu pertimbangkan terlebih dahulu. Mungkin telefon yang kamu idamkan melebihi bajet, jadi pilih sesuatu yang menepati selera dan keperluanmu dalam masa yang sama. Untuk pastikan kamu tak berbelanja mengikut nafsu, semak senarai keperluanmu untuk telefon bimbit di sini. Beli mengikut keperluan, bukan kerana semua geng kamu pakai telefon mahal.

4. Kamu perlukan alat tulis atau produk pembersih untuk rumah? Usahlah terus ke gedung besar terus. Lebih elok kamu singgah di kedai lima ringgit seperti Daiso lebih dulu kerana kedai-kedai begini meneydiakan pelbagai jenis barang rumah atau alat tulis pada harga yang lebih berpatutan. Boleh kamu jimat duit untuk beli handbag baru yang kamu impikan sangat tu.

5. Ya, menggunakan kad kredit setiap waktu ada risikonya. Tapi ada kad kredit yang menampilkan pada penggunanya beberapa cara berjimat. Kamu boleh ketahui tawaran yang diberi dengan melayari laman web bagi kad kredit kamu tu. Tawaran yang biasa diberikan termasuk diskaun untuk tempahan penginapan hotel, membayar balik wang untuk barangan yang telah dibeli dan juga baucar diskaun untuk makan restoran tertentu. Jadi, jangan pula lupa selak dan baca surat atau booklet yang dihantar bank kad kredit kamu ya!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor