Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
shut up

5 Ayat Yang Tidak Patut Kamu Ungkapkan!

Sesuatu hubungan itu ibarat sehelai kertas. Jika terkoyak, ia tidak boleh kembali ke bentuk asalnya. Jadi kamu harus berhati-hati dengan kata-kata yang diucapkan kepada rakan sekerja, bos atau temanmu! Mungkin mereka terasa hati.

shut up

Cosmo senaraikan beberapa ayat yang tidak patut kamu ungkapkan kerana bagi kamu ia hanya perkara biasa. Tapi mungkin tidak kepada mereka.

1. “That’s not my job. Saya tidak dibayar untuk melakukannya!”

Ini adalah ayat lazim untuk mengelak melakukan kerja tambahan. Ungkapan ini akan membuatkan majikan kamu jengkel mendengarnya. Dari pandangannya, kamu seorang yang tidak boleh menerima cabaran baru ataupun tidak multi-tasking. Sebaliknya, kamu jawab dengan berhemah. “Saya sedang menyiapkan kerja saya, mana satu harus saya selesaikan dahulu?”

2. “Saya sedang sibuk dan tiada masa untuk kamu!”

Ayat ini menunjukkan kamu seperti tidak menyukai individu tersebut. Sebaliknya kamu boleh berikan jawapan seperti ini: “Maaf, saya ada meeting sekejap lagi. Saya akan hubungi kamu semula selepas segalanya selesai”.

3. “Kamu nampak gemuk!” atau “Kurusnya kamu sekarang.”

Perubahan fizikal seseorang ada kalanya berkait rapat dengan tekanan emosi dan isu ini sensitif kepada sesetengah orang. Jika kamu tidak berniat untuk mendengar masalah mereka, katakan sahaja “Kamu nampak hebat hari ini”. Biarkan mereka yang bertanya kepada kamu jika kamu perasan tentang perubahan fizikal mereka.

4. “Dia lebih hebat daripada kamu.”

Jangan sesekali membandingkan seseorang dengan individu lain. Apatah lagi jika mereka telah mencuba yang terbaik. Tiada sesiapa pun harus membuat perbandingan di antara dua individu tidak kira dari segi fizikal, pekerjaan ataupun pencapaian dalam hidup.

5. “Kamu nampak tua daripada usia.”

Mungkin bagi lelaki, ia satu perkara yang remeh, namun tidak pada wanita! Ayat seperti ini secara lansung menggambarkan mereka mempunyai kulit wajah yang berkedut ataupun gaya fesyen yang tidak sesuai buat mereka. Ayat seperti “awak nampak cantik” adalah ayat umum yang boleh diungkapkan kepada semua lapisan umur. Jadi gunakan ayat ini sebagai ganti. Tiada wanita yang mahu kelihatan tua daripada usia sebenar mereka! Tip: Jika kamu mahu meneka umur seseorang, tolak tiga tahun daripada usia yang kamu jangkakan. 

Foto: 123rf.com

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness