5 Amalan Untuk Payudara Lebih Sihat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Amalan Untuk Payudara Lebih Sihat

5 Amalan Untuk Payudara Lebih Sihat

Perubahan kecil boleh memberi perbezaan besar pada pencegahan kanser payudara. Pupuk tabiat sihat dengan menjaga ‘kembar’ kamu hari ini!

5 Amalan Untuk Payudara Lebih Sihat

Foto: Shutterstock.com

 

1) LAKUKAN SPOT CHECK

Kajian menunjukkan jika seseorang itu mempunyai tahi lalat, ini bermaksud mereka mempunyai estrogen lebih tinggi di mana ia menyumbang kepada pertumbuhan kanser payudara. Jika kamu lihat ada yang baru, segera berjumpa pakar dermatologi.

2) MAKAN VITAMIN D

Ikan berminyak secara semula jadinya kaya dengan Vitamin D di mana ia membantu melancarkan pertumbuhan sel payudara. Jadi lebihkan ikan dalam hidangan kamu! 85 gram ikan salmon memberikan 75 peratus pengambilan harian.

3) RELAKS

Stres kronik membawa kepada peningkatan hormon kortisol di mana menghalang sistem imun kamu. Akitiviti relaks seperti meditasi ataupun yoga boleh membantu kamu tenang.

4) MAKAN HIDANGAN KECIL

Pengambilan kalori berlebihan dalam satu masa akan mengejut sekali gus menukar dalaman tubuh kepada peningkatan pertumbuhan sel payudara. Sebaliknya, makan hidangan bersaiz kecil sepanjang hari.

5) GELAP GELITA

Tubuh kita pulih saat kita tidur. Satu kajian mencadangkan bahawa melatonin yang kita hasilkan semasa tidur menghalang pertumbuhan kanser payudara. Jadi tutup semua lampu dan tidur.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor