47 Selebriti Hollywood Terima Surat Amaran Daripada Kerajaan Kerana Instagram!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

47 Selebriti Hollywood Terima Surat Amaran Daripada Kerajaan Kerana Instagram!

Kerajaan Amerika Syarikat tidak mengambil mudah dengan sebarang foto yang dimuatnaik di Instagram terutamanya berkaitan dengan mempromosikan produk tajaan!

Seperti yang dilaporkan The Federal Trade (FTC) telah mengeluarkan lebih 90 keping surat amaran kepada selebriti dan selebriti media sosial di Hollywood. Surat tersebut yang dihantar bulan lepas adalah peringatan kepada mereka untuk menyatakan jika foto yang dimuatnaik bersama sebarang produk adalah tajaan ataupun tidak.

Surat amaran tersebut juga dihantar kepada beberapa jenama mewah terkenal seperti Chanel, Adidas, Johnson & Johnson dan banyak lagi. Ini berikutan terdapat beberapa selebriti yang tidak menyatakan samada ada sebarang produk yang dipromosi adalah tajaan ataupun dibayar.

https://www.instagram.com/p/BPnUVTmFZR_/?taken-by=kourtneykardash

Pihak atasan mahu memastikan produk yang dipromosi tidak sewenangnya disalah ertikan terutamanya jika ia di promosikan sesuka hati, kecuali atas kerelaan individu itu. Selebriti yang mempromosikan sebarang produk di Instagram tentu sekali akan menarik perhatian jutaan pengguna dan bagaimana jika produk itu memudaratkan pembeli?

Happy place 🇲🇽

A post shared by Emily Ratajkowski (@emrata) on

Bagaimanapun jika selebriti mempromosikan sebarang produk atas kerelaan mereka sebagai seorang pengguna, ia tidak menjadi masalah. Malah mereka juga perlu menyatakan samada produk itu adalah tajaan ataupun tidak di ruangan kapsyen sebelum memuatnaik foto. Antara selebriti yang tersenarai menerima surat amaran tersebut adalah :

Jen Selter
Nicky Jam
Sean Combs
Shay Mitchell
Ciara
Dorothy Wang
Luke Bryan
Kristin Cavallari
Lucy Hale
Naomi Campbell
Giuliana Rancic
Sofia Vergara
Heidi Klum
Rach Parcell
JWoww
Jamie Lynn Spears
Maci Bookout McKinney
Nicole Polizzi
Tiona Fernan
Amber Rose
Vanessa Hudgens
Valentina Vignali
Lilly Ghalichi
Caroline Manzo
Allen Iverson
Behati Prinsloo
Anna Petrosian
Victoria Beckham
Chelsea Houska
Troian Bellisario
Nina Agdal
Emily Ratajkowski
Ashley Benson
Denice Moberg
James Harrison
Scott Disick
Lindsay Lohan
Kourtney Kardashian
Zendaya
Bella Thorne
Sophia Bush
Massy Arias
Farrah Abraham
Lisa Rinna
Akon
Jennifer Lopez
Vanessa Lachey

Sumber: Cosmopolitan.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness