Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
44 Fakta Mengenai Lelaki Kamu Kena Tahu

44 Fakta Mengenai Lelaki Kamu Kena Tahu

Kenapa dia boleh perasan tali bra kamu terlondeh bukannya rambut kamu yang baru dipotong? Cosmo bantu rungkaikan misteri mengenai lelaki yang mungkin menjadi tanda tanya. 

1. Adakah lelaki perasan jika berat badan kamu naik lima atau 10 kilo? Lima, tidak. 10, ya.

2. Kenapa si dia tak kisah pun bila saya minat gila pada Fattah Amin? Mereka jenis rational – kemungkinan untuk kamu mendampingi seorang seperti Fattah adalah tipis ke tiada.

3. Lelaki paling menggelabah mengenai apa di ranjang? Kalau-kalau kamu berlakon bila capai klimaks.

4. Petanda burukkah jika si dia ‘buat bodoh’ bila nak bayar bil masa date pertama? Tak semestinya – sesetengah lelaki lebih menghargai jika wanita sanggup berkongsi bayaran.

5. Bagaimana nak pastikan teman lelaki saya boleh ‘ngam’ dengan kawan lelaki yang rapat dengan saya? Ajak mereka menonton acara sukan di mana mereka menyokong pasukan yang sama.

6. Bila agaknya lelaki akan anggap sesebuah hubungan itu serius? Detik di mana dia sedar it’s okay kalau dia hanya ada kamu seorang untuk selamanya.

7. Kenapa si dia nak defensive bila saya cakap hati terluka disebabkan perangainya? Bagi si dia, itu seakan mengatakan dia telah gagal.

8. Apa yang saya boleh cakap untuk buat suami yang bersaiz kecil tahu yang saya okay saja? Tak perlu sebut mengenai saiznya – hanya puji cara dia memuaskan kamu.

9. Adakah lelaki rasa ianya kelakar kalau saya sendawa di depannya? Kebanyakannya akan rasa ia menjijikkan, termasuklah jika mereka belahak depan kamu.

10. Apakah petanda kamu seorang high maintanence kali pertama berjumpa? Bila kamu bersolek sakan atau asyik nak periksa cermin saja.

11. Lelaki selalu cakap dia tak suka wanita bersolek, tapi cakap kamu cantik bila mengenakannya. Kenapa ya? Mereka lebih suka solekan natural tapi tak tahu nak jelaskannya.

12. Teman lelaki saya rajin telefon tanya saya nak apa-apa bila dia ke kedai. Pada peringkat mana ianya okey untuk kirim belikan tuala wanita? Jika dia yang telefon, kamu boleh cubatanya. Tapi fikirkan balik, sanggupkah nak suruh dia bayarkan?

13. Bila si dia ajak saya keluar dengan kawan-kawannya, bagaimana nak tahu yang dia ikhlas atau saja nak buat baik? Kalau dia gunakan ayat seperti “Kalau nak ikut, jomlah.” Itu bermakna he’s just being nice.

14. Apakah cara nak suruh suami berhenti bawa laptop ke ranjang? Katakan padanya, bilik tidur tanpa laptop adalah syarat untuk seks hebat.

15. Bagaimana nak beritahu dia gunakan terlalu banyak gel rambut? Jangan. Sebaliknya, pujilah betapa hebatnya rambut si dia bila dia tidak menggunakannya.

16. Kenapa si dia tak suka nak tonton rancangan ‘girlie’ walaupun saya sanggup saja layan perlawanan bola sepak dengannya? Dia tak mahu kamu nampak sekelumit dirinya yang tidak jantan.

17. Bila saya cakap padanya “Saya okey, nothing’s wrong”, kenapa dia mudah sangat percaya? Kajian menunjukkan lelaki tak pandai membaca emosi, tapi dia tahu ayat itu memang berbahaya.

18. Adakah lelaki turn-off jika kamu yang ambil langkah pertama? Mungkin. Tapi sesetengahnya menganggap itu satu tindakan hebat.

19. Bilakah waktu sesuai nak mengaku yang saya pernah curang padanya? Kamu tak perlu sebut kerana dia akan bimbang tak pasal-pasal.

20. Kenapa lelaki tak perasan jika saya potong rambut? Dia terlalu fokus pada the bigger picture (keseluruhan dirimu), bukan hal kecil seperti gaya rambut barumu.

21. Jadi kenapa dia boleh perasan tali bra saya terlondeh satu sentimeter ke kiri? Itulah satu kawasan yang dia selalu perhatikan.

22. Kenapa dia sengaja biarkan rambutnya panjang kalau saya suruh dia potong rambut? Dia sengaja buat malas kerana rasa kelakar kalau kamu sakit hati.

23. Kenapa dia makan gelojoh sangat? Mungkin dia gelabah, tapi biasanya, lelaki suka nikmati hidangan sampai tak terfikir mengenai adab.

24. Kenapa lelaki benci sangat dengan bantal kecil? Dia tak suka bantal tambahan sebab dia tak tahu nak buat apa dengannya bila kalian sedang berasmara.

25. Saya tak suka habiskan masa dengan keluarga tapi dia jenis rapat dengan adik-beradik dan ibu bapa. Boleh tak saya menolak bila dia ajak saya keluar dengan mereka? Tidak – kamu seakan-akan menolak sesuatu yang amat penting buatnya. Manalah tahu, keluarganya mungkin jenis cool.

26. Kenapa dia tak pertahankan saya bila kawannya bersikap kurang ajar? Dia lebih rela bergaduh denganmu in private kemudian daripada cari pasal dengan kawannya itu di khalayak ramai.

27. Suami tak pernah suka nak cuddle. Perlukah saya risau? Tak, ia normal – kecualilah jika kamu ada cakap inginkannya dan dia menolak, menunjukkan dia sedang buat bodoh dengan keinginan kamu.

28. Apa dalam fikiran suami bila dia lihat kamu tak berpakaian pada kali pertama? A white hot flash of lust.

29. Suami suka sangat kalau saya memakai kemejanya selepas seks. Kenapa ya? Ia akan buatnya rasa kamu memang miliknya.

30. Kenapa dia boleh buat seperti tiada apa berlaku selepas kami berkelahi? Itu jauh lebih mudah daripada kena perjelaskan apa perasaannya ketika itu.

31. Selalunya dia outgoing, tapi dengan kawan sekerja saya dia senyap saja. Kenapa? Sama ada dia tak sukakan mereka atau rasa self-conscious dengan mereka.

32. Kenapa lelaki tak pernah ingat tarikh lahir atau ulang tahun? Disebabkan mereka rasa wanita suka nak perbesarkan tarikh itu, mereka malas nak tulis dan ingat… sebagai tanda protes.

33. Saya tahu kebanyakan lelaki akan fikir mengenai wanita lain ketika seks. Siapakah wanita itu? Sesiapa saja, tapi biasanya seorang selebriti atau dia memainkan semula pengalaman lampau (maaf ya).

34. Bila seseorang lelaki capai klimaks – dan isterinya belum – kenapa dia tak tawarkan diri untuk membantunya? Dia tak mahu nampak ‘ bodoh’ jika gagal melakukannya.

35. Kenapa lelaki seakan-akan perlukan masa sendirian lebih banyak daripada seorang wanita? Disebabkan mereka memang jenis kurang komited, ia membantunya agar tak rasa terkurung.

36. Kenapa ia lebih mudah untuk lelaki bersama seseorang tanpa rasa terikat? Sebab biologikal. Orgasma melepaskan hormon oksitosin dalam wanita menyebabkan mereka rasa lebih emotionally connected.

37. Kenapa lelaki tak pandai sorok bila terpandang payudara wanita? Dia lebih rela dapat tengok daripada langsung tak dapat peluang melihatnya.

38. Kepada siapakah lelaki minta nasihat bila dia murung mengenai perhubungan? Biasanya, tiada siapa. Jika mereka benar-benar kecewa barulah bertanya pada kawan lelaki.

39. Kenapa lelaki tak boleh bezakan busana seksi dan slutty? Mereka terlalu sibuk check out payudara, punggung dan kaki mereka untuk memikirkannya.

40. Seorang kawan lelaki saya bercinta dengan seorang wanita ni, tapi dia pernah cakap tak dapat lihat dirinya berkahwin dengannya. Kenapa dia sanggup buat begitu? Banyak sebab: Wanita itu mendesaknya, itu lebih mudah, atau dia mahu ketepikan perhubungan itu kerana minat padamu…

41. Bagaimana nak tahu jika seorang lelaki dah pulih daripada kecewa bercinta? Dia boleh bercakap mengenainya secara terbuka.

42. Si dia tak pernah ajak saya keluar date lagi. Bagaimana nak buat dia start semula? Kamulah ajak dia.

43. Apakah cara paling mudah nak hapuskan rasa cemburunya itu? “Jom keluar dari sini, saya dah bosan asyik dikelilingi lelaki lain.”

44. Teman lelaki cakap saya hilang akal sebab menyangka kawan perempuannya ada hati padanya. Kenapa lelaki tak boleh ‘baca’ kalau perempuan tu bercanda dengannya? Dia nampak tapi dia tak mahu kamu usik bab itu kerana dia melihatnya sebagai pemacu ego yang selamat.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor