Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
love

4 Urutan Seksi Buat Kamu dan Suami

Belaian memang boleh mantapkan lagi hubungan kamu dan suami. Jadi Cosmo minta nasihat pakar terapi sentuhan untuk kongsikan teknik bagi mencapai empat hasil yang berbeza.

love

 

Urutan Bagi Menambah Tenaga

Cara Picit:

Gerakan cepat dan ‘menetak’ akan memberi stimulasi dan mengejutkan otot, sekali gus buat harimu rasa bertenaga (tak perlulah minum kopi).

Minyak Urut Pengubah Mood:

Esen lemon dan limau paling sesuai untuk membangkitkan semangatmu.

Gerakan Mesti Cuba:

Mulakan pagimu dengan mengurut kepala suami. “Kulit kepala ada banyak hujung saraf, jadi mengurutnya akan buat dia lebih alert serta-merta,” kata Nancy Davis, pakar terapi. Duduk atas sofa, dan biar suami duduk bersila atas lantai di depan kamu. Lurutkan hujung jarimu daripada ubun kepala ke pangkal leher beberapa kali, kemudian tebarkan jari-jemarimu dan buat bentuk membulat kecil di seluruh kepalanya. Tukar tempat supaya dia pula boleh mengurut kepala kamu.

Minta suami baring meniarap, kemudian duduk di pinggangnya. “Mulakan urutan dari pinggang dan urut ke tepi badan, ulanginya,” kata Brennan Evans, pengarah operasi spa. Tekan dengan tapak tangan untuk ringankan tekanan. Tukar tempat, masa untuk kamu dimanjakan pula!

 

Penawar Untuk Tidur Lena

Cara Picit:

Tekanan setempat membantu mengurangkan stress dan rasa serabut yang kamu lalui sepanjang hari.

Minyak Urut Pengubah Mood:

Cuba lavender yang memang terkenal sebagai bahan penenang.

Gerakan Mesti Cuba:

Selepas berjam-jam ke hulu hilir, otot kaki kamu pasti rasa kejang. “Minta suami gunakan tapak bawah ibu jari untuk menekan lekuk pada tapak tanganmu untuk beberapa saat, dan lepaskan,” kata Davis. Kemudian, biar dia pegang tanganmu, picit kawasan berisi antara ibu jari dan jari telunjuk – “titik tekanan yang menggalakkan relaks sepenuhnya,” kata Nick Mahrer, pakar terapi spa. Sudah tentu, kamu kenalah buat untuknya pula.

Satu urutan akhir sebelum tidur: Mintanya untuk berbaring, pejam mata dan tarik selimut sehingga ke paras pinggang. Duduk di sisinya di atas katil, dan urut kawasan paling kerap dilupakan: Dadanya. “Letakkan tapak tangan kamu pada dadanya supaya jari-jemarimu mengarah ke bahagian bahu. Tekan perlahan dan urut secara membulat,” kata Evans. Selimut tadi akan menghangatkan bahagian bawah tubuh, manakala sentuhan kamu akan buat darah mengalir ke badan – gabungan yang akan buatnya rasa di awang-awangan.

 

Usikan Manja Yang Sempurna

Cara Picit:

Urutan panjang tapi manja-manja ini akan mengejutkan tubuhmu, membuat kamu sedia untuk melayan suamimu.

Minyak Urut Pengubah Mood:

Kajian menunjukkan bau oren mampu menyegarkan tubuh, menambah aliran darah ke bahagian bawah badan.

Gerakan Mesti Cuba:

Mintanya baring terlentang atas katil. “Rapatkan tapak tanganmu dan urut guna sisi telapak dari buku lali ke bahagian dalam pahanya,” kata Anne Marie Grey, pakar terapi urut. Selepas itu, suruh dia meniarap, dan gunakan cara urutan sama untuk tendon achilles sehingga ke pangkal punggungnya. Tukar tempat supaya kamu pun dapat merasainya.

Baring meniarap dan biar suami duduk si atas pinggangmu. “Minta suami urut menggunakan hujung jari ke sisi badan bermula dari bawah lengan sehinggalah ke bahagian pinggul,” kata Nochole Gillman, pakar terapi urut. Sisi tubuh dikenali sebagai kawasan yang amat sensitif, jadi sentuhan sebegini akan memberi kelegaan dan kenikmatan pada diri kamu. Usik suami dengan cara yang sama.

 

Helah Redakan Tekanan

Cara Picit:

Urutan kuat akan melepaskan ketegangan, buat kamu dan suami terasa sangat lega.

Minyak Urut Pengubah Mood:

Seperti berlawanan saja, tetapi bauan berangin memang penenang minda yang baik.

Gerakan Mesti Cuba:

Bila kamu tertekan, biasanya bahagian bawah belakang akan rasa tegang semacam. Suami pasti gembira nak membantumu. “Baring meniarap, dan mintanya menggunakan bahagian bawah tapak tangan dan tekan pada sisi rusuk untuk hilangkan tekanan itu,” kata Suzanne Gibson, pengarah spa. Bila dah selesai, balaslah pula jasanya ya.

Bagi lelaki pula, tekanan sering terkumpul di bahagian bahu. “Untuk hilangkan ketegangan itu,
mintanya duduk di kerusi manakala kamu berdiri di belakangnya. Letakkan jarimu pada bahu, gunakan ibu jari untuk menekan bahagian belakang dan picit selama dua saat, kemudian lepaskan,” kata Holly Hatfield, pengarah spa. Ulang gerakan ini sehingga dia rasa lega di situ. Untuk lebih best, tambahkan gerakan membulat dengan jari-jarimu, menekang otot sehingga tekanan itu menghilang.

 

BUAT MINYAK URUT KAMU SENDIRI!

Yang dijual di kedai memanglah sempurna, tetapi resipi DIY membolehkan kamu menentukan sendiri adunan untuk mood yang sesuai. Cuba ini…
Kamu perlukan:

¼ cawan minyak zaitun
1 ke 2 titik minyak pati (boleh pilih bauan yang digemari)
Botol kaca atau plastik
Cara-cara:

Masukkan minyak zaitun dan minyak pati (lebihkan minyak pati untuk bau lebih kuat) ke dalam bekas tadi. Goncang, titiskan pada tapak tangan (sedikit cukup), kemudian buat dia terpegun dengan hasil urutanmu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor