Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
ujian kesihatan

4 Ujian Kesihatan Mesti Buat Sekarang

 Ambil tindakan dan jangan berlengah lakukan pap smear! Kamu akan rasa lebih lega setelah menjalani pemeriksaan ini.

ujian kesihatan

 

PAP SMEAR
BAGAIMANA: Ujian dalaman yang dilakukan oleh doktor. Sambil-sambil itu, tanya juga tentang pemeriksaan sendiri payudara.
KENAPA: Ujian ini mengesan perubahan awal sekali gus dapat mencegah kanser serviks.
BERKAIT RAPAT DENGAN: Keabnormalan pada serviks yang boleh disebabkan oleh virus HPV, STI serta faktor lain seperti merokok. Jangkitan berterusan memerlukan rawatan kerana ia boleh membawa kepada kanser.
LAKUKAN: Setiap dua tahun.

 

KESIHATAN SEKSUAL
BAGAIMANA: Ujian air kencing atau calitan di klinik biasa atau pakar sakit puan. Ujian pada ‘sudut V’ dan ujian darah juga mungkin akan dilakukan.
KENAPA: Jika kamu amalkan seks bebas, tidak memakai perlindungan, mempunyai lebih daripada satu pasangan, atau sedang dalam perhubungan baru.
BERKAIT RAPAT DENGAN: Masalah kesihatan yang berpanjangan jika tidak dirawat.
LAKUKAN: Setiap kali kamu mulakan perhubungan baru, melakukan seks bebas tanpa perlindungan, atau bila mengalami simptom luar biasa.

 

UJIAN KULIT
BAGAIMANA: Doktor akan meneliti kulit kamu, termasuk bintik yang baru muncul atau mencurigakan.
KENAPA: Jika disyaki kanser, biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan diagnosis tersebut. Kebanyakan kanser kulit dapat dirawat jika dikesan lebih awal.
BERKAIT RAPAT DENGAN: Melanoma.
LAKUKAN: Jika kamu dapati terdapat sesuatu yang baru atau berlainan tentang kulit kamu.

 

PEMERIKSAAN GIGI
BAGAIMANA: Membuat pemeriksaan di klinik pergigian.
KENAPA: Kebanyakan masalah gigi tidak dapat dikesan atau berasa sakit sehinggalah ia berada di tahap kronik. Pemeriksaan kerap bermakna masalah ini dapat dirawat ketika ia berada di peringkat awal dan lebih mudah dirawat.
BERKAIT RAPAT DENGAN: Gigi berlubang, penyakit gusi dan jangkitan. Jika gigi kamu selalu sakit, berjumpalah doktor sekerap mungkin.LAKUKAN: Satu atau dua kali dalam setahun.

 

Foto: 123RF.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor