Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 ‘Ubat’ Untuk Teman Lelaki Pemalas

Jika kadang-kadang kamu harap sangat si dia mencuba lebih baik, kamu tak keseorangan. Tip Cosmo akan padamkan masalah si dia yang pemalas itu – dan buatnya jadi lebih bijak. Licik betul kamu!

1. Si Dia Tak Pernah Rancang Sesuatu

Apa yang kamu harap ialah si dia beri satu saja cadangan, tak kisahlah apa-apa pun yang kalian boleh buat nanti. Sama ada malam janji temu atau percutian romantis seminggu. Ini realitinya: Mungkin si dia dah pernah cuba, dan kamu mungkin secara tak sedar tolaknya mentah-mentah. Biasanya jika seseorang merungut yang pasangan mereka tak ambil sebarang inisiatif, sebenarnya mereka dah pernah buat begitu sebelum ini tapi tak dihargai. Ia memberi mesej bahawa kamu hanya nak lakukan perkara yang diuruskan dan dikawal oleh kamu sahaja dan ini buat si dia jadi pasif. Terbalikkan keadaan dengan ingat semula perkara yang kamu pernah tolak sebelum ini, seperti tawarannya bawa kamu memancing (walaupun bosan), dan beritahu si dia yang kamu nak cuba lakukan bersama. Bila si dia tengok kamu lebih terbuka denga ideanya, barulah si dia akan berubah.

2. Si Dia Hadiahkan Sarung Tangan Ketika Hari Jadi

Dengar sini, pasti hebat kalau setiap kali hari jadi atau musim perayaan si dia beri kejutan dengan menghadiahkan sesuatu yang kamu memang idamkan tanpa perlu disuruh. Tapi lebih hebat jika kamu jadi seperti Beyonce. Lebih baik kamu beri petunjuk apa yang kamu idamkan kepadanya lebih awal. Tak kedengaran romantis? Ia sebaliknya. Sebenarnya ia tindakan yang romantis. Ia memberi peluang kepada lelaki untuk buat kamu gembira. Semua lelaki mahu lakukannya dan ia juga bermakna kamu mengambil berat tentang kegembiraan kamu. Seminggu sebelum tarikh istimewa, beritahu si dia kamu ada senarai perkara idaman jika si dia berminat nak tahu. Masukkan beberapai pilihan, jadi kamu masih lagi akan terima kejutan yang mana satu pemberiannya.

3. Lupa Nama Teman… Sekali Lagi

Okey, si dia suka rakan-rakan kamu tapi menolak untuk luangkan masa mengenali mereka seperti mana yang kamu lakukan dengan rakan-rakannya. Wanita biasanya miliki skil sosial lebih baik berbanding lelaki. Mereka miliki sistem sokongan lebih besar dan lebih selesa ketika bersama dalam kumpulan yang ramai walaupun tak mengenali kesemuanya dengan rapat. Lelaki pula tak begitu. Sebagai penyelesaian, jemput si dia turut serta dalam aktiviti yang dijamin takkan buatnya tertidur seperti bola sepak. Bila lelaki selesa dengan persekitarannya, ‘sesi beramah-mesra’ akan datang secara semula jadi.

4. Rela Berlapar Daripada Memasak

Si dia hargai masakan kamu, tapi tiada masalah langsung nikmati makanan sejuk beku sebagai makan malam agar boleh mengelat dari membantu. Lagipun, si dia kurang yakin. Kebanyakan lelaki rasa rendah diri apabila di dapur. Kamu kena ajarnya bermula dengan minta tolong belikan barang dapur. Jika si dia salah beli keju, jangan naik angin pula kerana ia akan buatnya terasa dan mengelak hampiri bahagian produk tenusu pula (gurau jer). Bila si dia dah boleh diharap untuk beli barangan untuk satu masakan, minta bantuan untuk persediaan pula. Akhir sekali, beritahunya yang fantasi kamu adalah untuk bersama lelaki yang pandai memasak dan cadangkan si dia realisasikannya pada malam Selasa depan.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor