Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Topik Yang Sepatutnya Kamu Dah Bualkan Dengan Teman Lelaki

Lelaki tidak sepatutnya dipersalahkan jika mereka seperti endah tak endah tentang perbualan mendalam mengenai hubungan kalian, tetapi ada baiknya jika kamu tahu pandangan teman lelaki tentang perkara tersebut. Ikuti tip berikut untuk berbual tanpa menyoal mereka secara terus.

  • Tentang Gaya Hidup

Tanya si dia bandar mana yang menjadi pilihan untuk tinggal suatu hari nanti. Ia permulaan yang menarik untuk membuatnya berfikir tentang masa hadapan. Setiap tempat mempunyai gaya hidup yang berlainan dan cara ini membolehkan kamu baca tentang apa yang dia ingin lakukan untuk jangka panjang.

 

  • Tentang Komitmen

Untuk membuat si dia bercakap tentang perasaannya terhadap kamu memang sukar. Jika menyoal secara spontan, pasti dia akan berhati-hati dalam setiap tutur kata agar tidak menyinggung perasaan kamu. Apa kata jika kamu berterus-terang perkara yang kamu mahu si dia ubah, contohnya beritahu kamu jika pulang lewat ke rumah. Bila arahan tersebut dipatuhi maka ia menunjukkan bahawa dia sanggup lakukan sesuatu perkara untuk menggembirakan kamu.

 

  • Tentang Anak-anak

Berikan dia masa untuk bercerita tentang zaman kanak-kanak. Ramai pakar menyatakan bahawa lelaki yang mengenangkan waktu tersebut bersedia untuk mempunyai anak. Jika dia mempunyai banyak cerita yang menggembirakan, dia pasti mahu menjadi seorang ayah. Lain pula jika dia menceritakan perkara buruk kerana ia petanda bahawa dia tidak bersedia untuk memulakan sebuah keluarga.

 

  • Tentang Kewangan

Bagi mereka yang sudah berkahwin, isu kewangan selalunya merupakan perkara utama yang menyebabkan pergaduhan, jadi ia amat penting untuk menentukan hala tuju yang sama dalam perbelanjaan. Tanyakan si dia cara yang digunakan jika mengalami kesukaran dalam dalam hal tersebut. Lelaki gemar diminta bantuan dan kamu boleh gunakan tip yang diberi untuk masa hadapan!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor