4 Tip Tenangkan Minda - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
stress

4 Tip Tenangkan Minda

Tak perlu bermeditasi atau yoga, cara fun yang Cosmo kongsi ini mampu berikan efek menenangkan buat minda dan tubuhmu. Ambil masa untuk cuba kesemuanya!

stress

Melompat

Berlari memang berkesan untuk hilangkan tekanan minda yang sedang kamu alami, tetapi menurut NASA, melompat 10 minit di atas trampolin sebenarnya 68 peratus lebih efisien daripada berjoging selama 30 minit. Jadi hujung minggu ini, ajak teman baik kamu atau si dia luangkan masa di Jump Street Trampoline Park, Petaling Jaya, Selangor. Kamu pasti tidur lebih lena di malam hari.

 

Hidu Aroma Enak

Menurut Smell & Taste Treatment and Research Foundation of Chicago, Amerika Syarikat, menghidu bau-bauan enak seperti brownies yang baru dibakar membuatkan tubuh dan minda lebih tenang. Jika ada masa terluang, cari resipi mudah yang boleh kamu dapati di internet (atau di majalah Cosmopolitan) dan cuba buat sendiri. Kalau tak ada masa, ajak BFF ke kedai bakeri untuk sesi ‘mengopi’.

 

Mendengar Muzik

Jika tekanan memuncak, luang masa mendengar alunan muzik lembut atau lagu yang mampu buat kamu rasa relaks. Kajian menunjukkan muzik dapat memberi efek menenangkan sama seperti 10 gram valium atau ubat penenang. Hebat, kan?

 

Urutan Tubuh

Bila otot terasa tegang, lakukan urutan ringan pada tubuh kamu. Mulakan dengan meletakkan kedua-dua tangan pada bahu dan leher, kemudian picit menggunakan jari dan telapak tangan. Pasti kamu rasa lebih lega selepas ini.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor