Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Tip Kurus Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk kamu yang telah 11 bulan merancang untuk berdiet, namun semuanya hangat-hangat tahi ayam! Tetapi perlu juga diambil kira bagaimana kamu mengawal dan memilih menu untuk sahur dan berbuka puasa.

Bagaimanapun, satu lagi masalah yang perlu dihadapi adalah perasaan ‘craving’ kamu sendiri. Pelbagai juadah yang kamu mahu nikmati ketika berbuka nanti. Tunggu! Jika kamu mahu kurangkan berat badan Ramadan ini, ikuti langkah yang Cosmo berikan ini.

39260451_m

Kekal Hidrasi

Hidrasi adalah kunci utama untuk mengurangkan berat badan, apatah lagi dengan cuaca yang panas ketika ini. Tubuh kamu perlukan air untuk mengawal kadar gula dalam tubuh ketika berpuasa. Bagaimana kamu perlu habiskan lapan gelas atau 2 liter sehari? Minum segelas terlebih dahulu ketika berbuka dan kemudian selepas makan. Dua gelas lagi di antara waktu kamu melakukan ibadah tarawikh. Dua gelas sebelum tidur dan akhir sekali dua gelas ketika sahur.Untuk kamu yang sukakan kopi dan teh biasa, cuba tukar selera kamu dengan teh herba seperti peppermint atau green tea. Teh herba juga bagus untuk hidrasi tubuh badan.

Bersederhana Ketika Berbuka

Di siang hari, metabolisme badan menurun seterusnya tenaga tubuhmu berkurangan. Berbuka puasa bukan bermakna perlu makan sebanyak mungkin untuk menggantikkan waktu sarapan pagi dan makan tengahari misalnya. Mulakan dengan beberapa biji kurma kerana ianya mengandungi serat yang tinggi dan membekalkan gula untuk tubuh. Kemudian kamu boleh nikmati appetizer terlebih dahulu seperti sup, puding, kuih-muih ataupun salad. Berehat seketika kerana kamu perlu beri perut masa untuk menerima makanan setelah lebih 12 jam tidak berisi. Setelah lebih kurang 30 minit, barulah kamu nikmati menu utama kegemaranmu.

35620903_m

Jangan Lupa Bersahur

Waktu makan kamu kini agak terhad, jadi kamu perlu bersahur untuk kekal segar dan bertenaga di siang hari. Jika tidak bersahur, kamu akan makan terlalu banyak ketika berbuka seterusnya mengundang masalah pencernaan dan penghadaman. Menu sahur kamu perlu bebas daripada garam kerana terlalu banyak garam membuatkan kamu dahaga. Banyakkan makanan berasaskan serat dan protein yang tinggi. Oat dan bijiran adalah contoh terbaik untuk bersahur. Hidangkan bersama kacang almond, buah-buahan seperti pisang atau strawberi, juga bersama kurma atau kismis. Elakkan minuman berkarbonat dan makanan pedas!

Kekal Cergas

Jangan dilayan rasa mengantuk dan malas kamu itu! Bagaimanapunkamu digalakkan to take a nap untuk 15-20 minit bukannya dua hingga tiga jam! Lakukan aktiviti seperti biasa namun tidak digalakkan bersenam ketika waktu tengahari kerana badan kamu perlukan kadar air yang tinggi di waktu itu. Namun boleh dilakukan satu jam sebelum berbuka seperti burpees, lunges, sit-ups dan squats kerana tubuh kamu membakar lemak lebih pantas ketika perut kosong.

Paling penting dalam misi lansing di bulan Ramadan, jauhi processed food dan amalkan gula semulajadi seperti buah-buahan segar dan madu. Jika misi ini berjaya, kamu bolehlah bergaya di pagi Aidilfitri dengan tubuh badan umpama hourglass idaman kamu.

Foto: 123rf.com

oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness