4 Tip Kemas Bagasi Untuk Pergi Bercuti - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Tip Kemas Bagasi Untuk Pergi Bercuti

Sudah ada rancangan untuk pergi melancong? Sebelum mula mengemas bagasi, baca dulu tip yang Cosmo kongsikan ini.

Foto: Shutterstock.com

Beg Paling Penting

Perkara paling utama bila nak pergi bercuti; dapatkan bagasi berkualiti, ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak. Untuk mudahkan kamu heret ke hulur ke hilir dalam lapangan terbang yang sibuk, Cosmo cadangkan kamu cari yang ada empat tayar.

 

Maximise Each Outfit

Pilih tema warna supaya mudah untuk kamu suai padan, dan cari busana yang sesuaikan digayakan siang ke malam. Contohnya, leggings kulit yang boleh kamu gayakan bersama sneakers waktu siang, dan bersama high heels waktu malam. Nak lebih mudah, pilih dua warna asas saja dan kamu boleh tambah seri pada penampilan dengan pelbagai gabungan aksesori.

 

Buat Kajian

Untuk elak kamu pack barang-barang yang tak perlu, periksa cuaca di tempat yang ingin kamu lawati supaya kamu tahu apa perlu dibawa seperti kasut, kot dan sebagainya lebih-lebih lagi jika melancong ke tempat sejuk.

 

Pick Tiny Toiletries

Pilih produk saiz kembara atau masukkan syampu, krim dan mandian kamu ke dalam bekas atau botol kecil yang banyak dijual di farmasi atau Sephora. Banyak ruang kamu boleh berjimat!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor