Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
love tips

4 Tanda Kamu Sentiasa Dalam Fikirannya

Kamu sering tertanya adakah si dia sering memikirkanmu? Adakah dia merasakan perasaan yang sama seperti kamu rasakan? Siapakah difikirannya selain kamu?

love tips

Cosmo senaraikan tanda-tanda yang membuktikan kamulah yang selalu berada di fikirannya. Jika semua perkara ini dilakukan oleh si dia kepada kamu, that’s it! Tiada yang lain, kamulah cinta hatinya!

Kerap Menghantar Teks Lucu

Si dia akan sentiasa menghantar mesej ucapan selamat pagi dengan emoji lucu setiap hari. Ini bermakna perkara pertama yang dia fikirkan adalah kamu! Jangan jual mahal. Balas mesej tersebut dengan emoji senyuman. Kadangkala si dia cuba membuatkan kamu tersenyum dengan sepatah dua pantun lucu. Kalau tak kelakar pun, kamu wajib balas ‘LOL’ agar si dia rasa gembira melihat kamu ketawa.

Kejutan Pelik Tapi Bermakna

Tidak kira jika si dia membelikan kamu roti ataupun coklat ketika menjemput pulang dari tempat kerja, kamu perlu makan di depannya sebagai tanda penghargaan. Bayangkan dia sanggup berhenti membeli sesuatu untuk kamu? Bermakna dia mengambil berat dan mahu kamu ceria selepas penat bekerja. Jangan  harapkan hadiah mewah setiap hari darinya, coklat pun dah sweet tau!

Ingat Setiap Perbualan

Jika dia bertanya kembali kejadian yang kamu ceritakan semalam, bermakna dia fokus ketika kamu berkongsi masalah. Malah jika dia ingat warna baju yang kamu pakai minggu lalu, bermakna dia hargai setiap masa bersamamu. Mungkin dia kedengaran seperti obses, tetapi lelaki tidak akan ingat perkara yang mereka tidak suka.

Lapor Diri Setiap Waktu

Clingynya? Tapi tidak mengapa. Jika dia sering mesej kamu dimana saja dia berada, atau dengan siapa dia lepak minum, dia seorang yang jujur! Dia mahu tunjukkan kepada kamu yang dia tidak berlaku curang dibelakangmu. Malah dia tahu kamu juga sepertinya, tertanya-tanya kemana dia pergi dan lakukan setiap waktu. Jika si dia lakukan semua perkara ini, kamu tak perlu risau lagi!

Foto: 123rf.com/Oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness