Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Tabiat Buruk Yang Boleh Merosakkan Kulit Wajah

Terlalu sibuk dengan kerjaya? Tak sempat nak belek dan jaga wajah? Jangan malas dan selalu beri alasan kerana aktiviti kamu sehari-hari sebenarnya boleh merosakkan kulit dan buat wajah nampak lebih tua daripada usia.

Foto: Shutterstock.com

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tabiat 3: Tak cukup tidur

Kesannya: Kulit berkeping dan kusam

Selagi boleh selitkan kerja, takut ketinggalan dalam kehidupan sosial, dan sekali-sekala layan DVD bermakna kamu tidur lewat pada hari bekerja dan kamu ‘qada’ tidur pada hujung minggu. Namun jadual tidur yang kucar-kacir akan turut kucar-kacirkan jam waktu semula jadi kamu, yang menghalang kulit untuk kekal terhidrat. Kajian menunjukkan tidur yang tak mencukupi melemahkan fungsi perintang, menyebabkan lembapan hilang. Tidak cukup tidur yang kronik menjejaskan penghasilan kolagen. Selepas enam bulan tak cukup tidur, kulit akan mula hilang seri dan kelembutannya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor