4 Strategi Untuk Bebas Hutang
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Strategi Untuk Bebas Hutang

4 Strategi Bebas Hutang

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Prinsip #1: Beli secara tunai

Henti dan jauhkan segala urus niaga yang dinamakan ansurans, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dan sebagainya. Kalau terpaksa berhutang, itu maknanya kamu belum mampu beli barangan tersebut. Jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Jika mampu pakai kereta tempatan, pakai saja dulu. Lupakan dulu perkataan ‘bergaya’ dalam hidup buat sementara waktu hingga kamu benar-benar mampu untuk ‘bergaya’. Pepatah ‘biar papa asal bergaya’ dah tak boleh dipakai lagi zaman ini. Bagi Cosmo, biar tak bergaya, asalkan poket kamu kaya!

Prinsip #3: Mulakan menyimpan walau sedikit

Sikit tak apa, asalkan simpan – walaupun hanya RM20 sebulan. Buat terus potongan gaji ke akaun dan jangan tunggu duit lebih hujung bulan. Jika tidak mampu simpan RM20 sebulan, kamu boleh simpan RM2 sehari dan masuk ke dalam tabung atau akaun khas. Cukup hujung bulan, kamu akan ada RM60 di dalam akaun bank. Tak kira berapa amaunnya sekali pun, yang penting kamu perlu menyimpan.

Prinsip #4: Cari pendapatan kedua

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya ya. Anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambah simpanan. Simpan hasil bisnes seratus peratus. Kalau mahu guna sekali pun, jangan melebihi 50 peratus! Duit hasil bisnes memang terbukti boleh buat kamu bebas daripada hutang. Pendapatan kedua penting dan bertindak sebagai ‘backup’ pendapatan utama.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor