Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sexy butt

4 Senaman Kardio Paling Berkesan Untuk Pinggul

Dapatkan punggung cantik dengan mudah sekali. Ada ketika, kamu tidak ada masa nak buat kardio dan strength-training. Namun, kamu boleh bunuh dua burung dengan hanya baling satu batu.

Senaman berurutan di bawah ini direka pihak CosmoBody dan fitness trainer Adam Rosante untuk tone bahagian paha dan mengetatkan punggung ketika kamu meningkatkan degupan hati.

Habiskan 10 hingga 12 reps setiap pergerakan mengikut urutan, dan ulang circuit senaman sehingga dua dan tiga kali, berehat seketika sebelum memulakan pusingan baru. (Untuk lebih mencabar, lakukan senaman di atas pasir pantai – permukaan tidak stabilmembuatkan tubuh kamu susah berdiri tegak tapi sebenarnya membakar lemak lebih berkesan.)

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Pencil Squats: Berdiri dengan kaki rapat dan tangan lurus melepasi kepala, tapak tangan pula ke dalam. Lompat dengan squat berjarak luas, kaki pula mengadap 45 darjah ke sisi. Saat merendahkan tubuh, bawa tangan ke bawah dan sentuh belakang tumit.