4 Sebab Kamu Perlu Bercuti Bulan Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Sebab Kamu Perlu Bercuti Bulan Ini

4 Sebab Kamu Perlu Pergi Bercuti

Sekarang ramai yang melancong untuk tayang keseronokan di media sosial dan ‘cantikkan’ profil Instagram saja…. Tahu tak bercuti sebenarnya boleh beri pelbagai manfaat buat kesihatan kamu? Ini antaranya.

4 Sebab Kamu Perlu Bercuti Bulan Ini

Foto: Shutterstock.com

1. Minda Lebih Cerdas

Bukan seperti telefon bimbit, tubuh tidak mempunyai charger untuk membuat otak kamu kembali bekerja sekelip mata selepas kehabisan tenaga. Salah satu cara untuk cas semula ‘baterinya’? Travelling! Menurut kajian oleh University of California pada 2014, selepas melancong, otak mampu kembali bekerja secara maksimum.

2. Tingkatkan Produktiviti

Okey, kamu mungkin workaholic tapi tak bermakna kami tak boleh curi masa pergi bercuti. Ia sebenarnya boleh meningkatkan lagi prestasi kerja kamu. Sebuah syarikat audit, Ernst & Young mendapati pekerja mereka yang selalu melancong menunjukkan prestasi yang lebih baik di tempat kerja.

3. Lebih Motivasi

Siapa kata ia hanya membuang masa kamu daripada mencapai hidup? Menurut Deborah Mulhern, ahli psikologi klinikal, bercuti walaupun hanya 24 jam akan meningkatkan motivasi kamu untuk mencapai apa jua yang diinginkan.

4. Kurangkan Risiko Penyakit

Hasil kajian daripada National Heart, Lung and Blood Institute di Amerika Syarikat mendapati, melancong setahun sekali boleh menurunkan risiko terkena penyakit sebanyak 21 peratus. Yup, you’ll live longer and happier!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor