Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
money love

4 Punca Pelik Yang Menjadikan Hubunganmu Renggang

Cemburu? Mudah naik angin? Hmm, itu perkara biasa dalam percintaan. Cosmo kongsikan punca pelik yang boleh merenggangkan hubungan kamu dan si dia.

 

money love

 

1. Membuat Panggilan Ketika Memandu

Lebih baik berhenti dulu daripada membuat panggilan kepada si dia ketika kamu sedang memandu. Menurut ahli sains, berbual ketika memandu mendorong kepada salah faham dan perhatian kepadanya juga terganggu. Tak pasal-pasal kalian berkelahi pula.

 

2. Beri Sokongan Melampau

Sanggup batalkan temu janji dengan rakan-rakan kerana si dia telah menerima berita buruk? Syabas! Ia menunjukkan kamu seorang teman wanita yang begitu prihatin dan turut memikirkan masa depannya. Tetapi, jika kamu terlalu memberi sokongan yang over sangat, ia akan membuatkan si dia rasa bengang. Ingat, lelaki tak suka wanita yang terlalu merimaskan.

 

3. Jadi Sumber Kewangan Si Dia

Memang hebat bila wanita mula mengatasi lelaki dari segi pendapatan. Tetapi jika si dia bergantung harap padamu dari segi kewangan, dia mempunyai potensi lima kali ganda menjadi penipu dan ini boleh beri kesan buruk pada hubungan kalian.

 

4. Suka Mengalah

Apabila si dia buat kamu naik angin, memang kamu terasa untuk pergi dan ambil masa untuk bertenang. Namun, satu kajian mendapati strategi tersebut tidak berapa menjadi dan jika salah seorang sering mengalah dalam pertengkaran, ia meningkatkan peluang untuk kalian berpisah.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor