Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Petanda Fake Love

To fake it or not to fake it? Ada kalanya kamu tidak sedar sebenarnya kamu dalam hubungan cinta yang palsu. Benarkah cinta itu buta? Tidak, bukan cinta tapi kamu!

 

This one is tricky, bagaimana mahu membezakan hubungan sebenar dengan yang palsu? Bagaimana sebenarnya hubungan palsu ini? Ia adalah ilusi yang kamu percaya, ilusi terhadap long lasting relationship. Ramai di antara kamu tidak sedar bahawa kamu sebenarnya sedang berada dalam perhubungan yang palsu itu. Itu semua hanyalah, affair kerana hubungan cinta sebenar memerlukan usaha berbanding hubungan palsu yang indah tapi untuk sementara waktu sahaja. Cosmo kongsi empat petanda red flags agar kamu dapat lindungi diri serta hati kamu (dan supaya tidak sewenangnya ditipu dan dikecewakan!).

 

1) KOMUNIKASI YANG TERUK

Komunikasi penting untuk hubungan yang sihat. Jika kamu berdua jarang berkomunikasi, tambah teruk, kamu tidak ingat bila kali terakhir kamu adakan heart-to-heart conversation, hanya bermesej sekali sekala, it’s just on and off, kamu tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam hidupnya dan secara keseluruhan dia bagaikan orang asing. Ya, ini tanda kamu berada dalam hubungan yang palsu. Ikatan serta hubungan sebenar memerlukan perasaan connected dengan pasangan kamu dari segi emosi, fizikal dan mental.

The communication has to be there. Tidak bermaksud kamu perlu berhubung dengannya setiap hari, setiap masa tapi kamu harus tahu apa yang sedang berlaku dalam kehidupannya. You have got to have those long night conversations every once a while. Tanpa gangguan orang lain dan kamu tidak boleh berhenti berbual serta meluahkan perasaan masing-masing, those are the real conversations you want and need!

 

2) TERLALU BANYAK PDA

Ini mungkin sedikit mengejutkan. Kamu berdua tidak dapat lepaskan tangan masing-masing dan sering bermanja-manja, bukankah ia perkara yang baik untuk sesuatu hubungan? TIDAK! Ia sebenarnya adalah petunjuk bahawa kalian bersikap berlebih-lebihan dan suka menunjuk-nunjuk. You are trying to put on a show, a make-believe. Ia adalah cara untuk kekalkan ilusi yang kamu berdua cipta, untuk menipu diri sendiri dan orang lain di sekelilingmu. Kamu sedang dalam hubungan palsu.  Jika kamu berdua tidak ‘segila’ ini apabila berada di tempat yang lebih privasi tapi tidak boleh keep your hands off each other sebaik saja ada orang lain bersama kamu, maka kamu perlukan perbincangan yang serius.

Ia bukanlah sesuatu yang unik kerana ramai real life couples gemar melakukan perkara seperti ini. Suka menunjuk yang mereka bahagia tapi keadaan sebenar adalah sebaliknya. Kamu berdua perlu berbincang dan ambil tahu apa yang berlaku dalam kehidupan masing-masing.

 

3) MOMEN INDAH = KOSONG!

Kamu rasa hubungan cinta kamu ‘normal’ – tiada yang istimewa. Kalian tak punya kenangan indah dan tiada perasaan istimewa bila bersama. This shouldn’t be the case, ladies! Cinta adalah perasaan yang luar biasa dan jika ia kurang hebat, kamu sebenarnya tidak bersungguh.

Ia tidak semestinya memerlukan acara ataupun momen besar. Perkara-perkara kecil seperti inside jokes ataupun cute nicknames boleh berikan makna yang lebih besar. Ada sesuatu yang membuat kalian berdua connect tidak kira besar atau kecil. Sesuatu yang boleh buatkan kamu teringat kenangan manis ataupun ketawa berdekah-dekah bersama.

 

4) TERLALU KELIRU

Okay, we all are a little hazy. Tidak perlu luangkan masa berjam-jam untuk memikirkan sama ada dia sayang kamu atau pun  tidak. Jika ragu-ragu dengan keputusan kamu dan apa yang dia rasakan, maka ia adalah petunjuk klasik bahawa hubungan yang kamu kongsi ini adalah fake relationship. Tarik nafas, kekal positif kerana kamu pasti tidak mahu perkara ini bermain dalam fikiran sepanjang masa. Asasnya, setiap perhubungan perlu ada kepercayaan dan yakin bahawa lelaki yang kamu cintai ini akan meluangkan masa sepanjang hayat denganmu. Walaupun jika kamu perlu tanya pada pasangan kamu jika dia cinta kamu ataupun tidak beratus kali, lakukan saja! Be a hundred and ten percent sure about that person and then decide. Kerana kamu tidak mahu jalani kehidupan dengan perasaan yang keliru dan akhirnya, kecewa dan menyesal.

 

Foto: INGimages.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert