Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Perlu Buat Ketika Hadiri Temu Duga Kerja

Dalam ‘lautan’ calon yang keluar masuk bilik majikan untuk temu duga kerja, pastikan ia jadi milik kamu dengan tip daripada Mika Brzezinski, jurulatih kerjaya Cosmo.

Foto: INGimage.com

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Tahu Soalan Temu Duga

Sesi itu penting supaya bakal majikan dapat menilai sendiri personaliti kamu daripada hanya melihat butiran dari atas kertas. Cara kamu persiapkan diri untuknya akan sama ada make or break peluang kamu untuk meraih kerjaya idaman.

SOALAN YANG BIASANYA DITANYA

“Ceritakan sedikit tentang diri kamu?”

“Apa yang kamu tahu tentang syarikat kami?”

“Apa yang kamu tentang jawatan yang kamu pohon?”

“Apakah kekuatan dan kelemahan diri kamu?”

“Kenapa kami wajar pilih kamu?”

SOALAN YANG WAJAR KAMU TANYA

“Apa yang paling kamu suka tentang syarikat ini? Kongsikan budaya kerja di sini.”

“Bagaimana saya dinilai sepanjang tiga bulan pertama di sini?”

“Kenapa jawatan ini kosong?”

“Pada pandangan kamu, kenapa ramai calon memilih untuk bekerja di sini daripada syarikat pesaingmu?”

“Apakah langkah seterusnya?”

TIP MENJAWAB

Kekalkan eye contact.

Elak guna fillers seperti “um”, “actually”, “rasanya…”, “oh”.

Senyum.

Kekal sopan santun dan profesional.

Kongsi cerita. Kerap gunakan contoh daripada kerjaya kamu yang dulu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor