Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Perlu Buat Ketika Hadiri Temu Duga Kerja

Dalam ‘lautan’ calon yang keluar masuk bilik majikan untuk temu duga kerja, pastikan ia jadi milik kamu dengan tip daripada Mika Brzezinski, jurulatih kerjaya Cosmo.

Foto: INGimage.com

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Pakai Dengan Tepat

“Pengalaman terburuk ketika temu duga adalah ketika sewaktu di NBC News kira-kira 14 tahun lalu. Saya baru dapat anak dan belum hilang banyak berat badan, kulit pula berjerawat, dan saya ada ruam di tangan. Saya masuk bilik temu duga sambil menggaru-garu dalam sut ungu yang terlalu ketat. Selepas melihat saya, penemu duga telah memberikan nasihat paling berguna dalam hidup saya. Dia memberitahu, ‘Mika, kamu kena tonjolkan diri dengan lebih baik. Ini dunia televisyen. Kamu perlu minum lebih banyak air, dapat tidur yang cukup, dan pakaian yang sesuai dengan saiz kamu,’” kongsi Brzezinski.

Agak pedas, tetapi memang benar kata penemu duga itu. Penampilan kamu amat diambil kira. Pilih pakaian yang muat susuk tubuhmu (jangan terlalu mendedahkan), dan tolak rambut ke belekang supaya tak menutupi wajah. Bila kamu nampak kemas dan profesional, itulah perasaan yang kamu akan bawa masuk bilik temu duga… Dan ia akan terserlah dengan sendirinya.

Tip: Siluet yang nampak kemas dalam rona gelap selalunya berkesan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor