4 Perkara Perlu Buat Ketika Hadiri Temu Duga Kerja
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Perlu Buat Ketika Hadiri Temu Duga Kerja

Dalam ‘lautan’ calon yang keluar masuk bilik majikan untuk temu duga kerja, pastikan ia jadi milik kamu dengan tip daripada Mika Brzezinski, jurulatih kerjaya Cosmo.

Foto: INGimage.com

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Tunjukkan Dirimu Yang Sebenar

Kesimpulannya: Jangan bohong bakal majikan kamu – confirm dia akan tahu dan terus hilang segala rasa hormatnya terhadap kamu. Mungkin kamu dapat tahu yang dia suka berjoging; janganlah berpura-pura yang kamu pun suka aktiviti sama. “Pasti nampak menipu, dan dia akan tertanya-tanya jika kamu ni ikhlas atau tulen atau sebaliknya. Dan jangan sama sekali menipu tentang kebolehan diri – jika mereka ambil kamu bekerja dan dapat tahu, pasti rasa ditikam belakang.”

Tip: Berterus-terang jika kamu tak pasti nak buat sesuatu. Kemudian susulinya dengan ayat ini: “Saya mahukan kerja ini, dan saya cepat belajar, jadi saya akan belajar apa saja yang diperlukan.” Akan terserlah keyakinan kamu itu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor