Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Perlu Buat Ketika Hadiri Temu Duga Kerja

Dalam ‘lautan’ calon yang keluar masuk bilik majikan untuk temu duga kerja, pastikan ia jadi milik kamu dengan tip daripada Mika Brzezinski, jurulatih kerjaya Cosmo.

Foto: INGimage.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.‘Sekodeng’ Bos Kamu di Alam Maya

Di situ kamu mungkin berjumpa pelbagai info berguna untuk meraih perhatiannya sewaktu temu duga. “Bila saya sedang mencari seorang pembantu, seorang calon masuk dan berkata, ‘Saya dah baca buku puan, dan saya tak sabar nak bekerja untuk puan!’ Walaupun dia tak memiliki pengalaman berkaitan dengan industri yang bakal diceburinya, tapi dari situ saja dah jelas menunjukkan dia ada buat penyelidikan tentang siapa saya dan apa yang saya lakukan,” kata Brzezinski. Calon sebegini juga sebenarnya bijak tentang cara menonjolkan pengetahuannya, kerana keinginan dan minatnya membuatkan majikan barunya itu yakin yang dia akan bekerja bersungguh-sungguh.

Tip: Selitkan komen yang menunjukkan kamu tahu serba sedikit tentang kerjayanya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor