4 Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Tukar Kerjaya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Tukar Kerjaya

Selain mencari teman hidup, menyertai larian maraton atau menukar gaya rambut, tukar kerjaya dari satu industri ke industri lain antara the biggest decisions of a woman’s life.

Jangan risau kerana segala-galanya ‘mungkin’ dalam kehidupan kita. Apa yang kamu perlukan hanya berfikir semasaknya dan dapatkan nasihat berguna. Berikut antara langkah-langkah untuk bertukar kerjaya:

Stop delaying

Lagi lama kamu fikir untuk berhenti, lagi jauh perjalanan kamu untuk peluang baru. Susah tu memang susah, tapi lebih awal kamu buat keputusan, lebih terjamin emosi, mental dan tahap profesional kamu nanti.

Bersedia untuk berkorban

Mungkin kamu perlu bermula dari bawah atau tahap pertengahan untuk berada semula di atas. Walau macam mana sekalipun, bersiap sedia untuk segala kemungkinan. Mungkin gaji kamu tak sama seperti dulu namun jadikan cabaran ini sebagai suatu yang positif. Mana tahu suatu hari nanti, rezeki kamu akan datang bergolek.

Menabung untuk masa depan

Sentiasa fikirkan risiko dan mula menyimpan di bank. Walaupun kamu terpaksa ‘berpuasa’ untuk beli-belah. Jika kamu baru saja bekerja atau memulakan perniagaan, pastikan wang simpanan sekurang-kurangnya cukup untuk bertahan sepanjang enam bulan.

Bina rangkaian

Cuba bertanya dan menukar pandangan dengan mereka yang ada pengalaman bertukar kerjaya. Mungkin seseorang yang berada di akaun LinkedIn kamu. Cuba tanyakan soalan seperti, “Bagaimana kehidupan kamu sekarang dan apa yang kamu suka tentang kerjaya kamu? Kamu pernah menyesal menukar kerjaya?.” Pertanyaan sebegini boleh memberikan maklumat yang kamu mahukan dan mengenali mereka yang lakukan perkara yang sama.

 

Sebelum buat keputusan, tanya diri kamu dengan soalan-soalan ini terlebih dahulu…

Masa: Berapa jam kamu mahu bekerja dan dalam suasana yang bagaimana? Misalnya syarikat besar, kecil dan lain-lain.

Cabaran: Adakah cabaran dan berkembang ke tahap yang tinggi penting buat kamu? Kamu seorang yang bercita-cita tingi atau hanya mahukan kerja 9 pagi ke 5 petang?

Suasana Kerja: Jelaskan senario terbaik kamu bila berkaitan dengan hubungan pekerjaan. Dengan siapa dan untuk apa kamu bekerja? Siapa boss yang ideal buat kamu? Pernahkah kamu bercita-cita mahu menjadi pengurus?

Minat: Adakah minat sesuatu yang penting buat kamu? Misalnya; Ana lebih suka berlari maraton daripada pergi ke pejabat dan bekerja. Minatnya terhadap sukan lebih mendalam.

Wang: Berapa banyak wang yang kamu perlukan dan mahukan?

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor