Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Pelik Yang Mengganggu Hubungan Intim

Biasanya kamu nak terkam suami dengan ganas tapi tiba-tiba ‘api’ yang membara padam begitu saja. Kamu Google search apa puncanya dan tadaa… Cosmo kongsikan punca ‘pembunuh’ nafsu paling biasa ini agar kamu boleh elak sesi panas sejuk agar hubungan intim sentiasa hangat.

 

29647149 - horizontal view of couple making love in bedroom

Terlebih enjoy

Tahu kan perasaannya bila kamu rasa sangat seksi dan mudah terangsang selepas berparti dan kemudian tertidur dalam teksi sepanjang perjalanan pulang ke rumah? Ya, segelas dua minuman beralkohol (untuk kamu yang bukan Muslim saja) boleh menaikkan nafsu seks tapi jika berlebihan ia boleh jadi sebaliknya. Sedikit alkohol akan meningkatkan peredaran darah dan kurangkan inhibition, kedua-duanya buat kamu mudah terangsang.

 

Merokok

Ia adalah vasoconstrictoe, di mana ia mengurangkan aliran darah ke seluruh tubuh termasuk darah yang mengalir ke sudut intim bila kamu sedang ghairah. Tanpa aliran darah, kamu akan kurang pelincir dan peluang untuk orgasma akan turun mendadak. Mungkin kamu kini ada alasan yang baik untuk berhenti merokok. Tak berbaloi jika kamu hilang nikmat orgasma.

 

Ubatan yang mengeringkan

Mesti kamu tahu yang sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang dan antidepresan boleh buat nafsu seks merundum. Ada satu lagi puncanya iaitu antihistamines. Ia hentikan selesema dengan mengeringkan mukus di lapisan dalam hidung. Namun ia juga boleh kurangkan pelincir di lapisan dalam vagina. Bila kamu terlalu kering, tubuh akan menyangka yang kamu tak terangsang. Jadi bila membeli pil alergi pastikan kamu membeli bekalan pelincir juga. Selesai masalah!

 

‘Perang’ pagi

Mesyuarat jam 9 pagi dengan bos, jadual kelas padat sebelum tengahari, temu janji doktor sebelum kerja. Baru dapat tahu yang jadual sebelah pagi kamu padat dengan pelbagai perkara buatkan kamu rasa tak senang duduk malam sebelumnya – lantas ia telah ‘karamkan’ nafsumu. Bila stress, tubuh akan mengepam hormon kortisol sebagai tindak balas kepada perasaan gemuruh. Jika perlu, cuba berasmara pada waktu awal malam sebelum kamu jadi serabut untuk menikmatinya.

 

Foto: 123rf.com

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert