Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Perkara Lelaki Rahsiakan Daripadamu

Jangan terkejut jika dapat tahu benda baru padahal kamu dan si dia sudah lama bersama. Lelaki suka sembunyikan sesuatu sehinggalah dia pasti kamu benar-benar sesuai untuknya.

13606261h1383313a

 

1. Perihal kerja

Lelaki tak mahu kamu tahu jika dia 100 peratus  yakin dalam bidang yang dia rasakan penting untuk keyakinan diri. Selalunya, lelaki berlagak seperti semuanya okey di tempat kerja, walau hakikatnya dia sedang fikir semula tentang kerjayanya atau risau dipecat.

2. Sikapnya yang blur

Dia bukan berniat nak menipu bila dia berlagak seperti pernah tonton filem yang kamu ceritakan atau pilih minuman tanpa tahu jenisnya. Lelaki gemar ‘berlakon’ tentang tahap kemahiran bila kamu mahu percaya mereka ini mampu menjagamu.

3. Sejarah kesihatan

Kamu mungkin rasa masalah kesihatan seperti kecederaan lutut atau pembedahan apendiks bukan satu perkara besar, tapi lelaki menganggap kesihatan fizikal petanda seseorang itu lemah.

4. Tempoh berpisah dengan kekasih lama

Dia mungkin tak ingat bila dia berpisah dengan teman wanitanya sebelum ini. Dia juga tak suka dianggap si player jika timing percintaanya terlalu dekat, atau si lembap jika hubungan terakhirnya dulu telah terlalu lama.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor