Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
happy relationship

4 Perkara Lelaki Mahu Kamu Tahu

Kamu mungkin pernah terfikir untuk memiliki super power untuk membaca fikiran lelaki, apatah lagi kebanyakan lelaki jarang berterus terang. Bila mereka memandang wanita lain, mulalah kamu rasa terancam. Cosmo beri kamu tip mengenai perkara yang kamu perlu tahu dari pandangan mata lelaki. Selepas ini tak perlulah kamu tertanya lagi. 

happy relationship

Express yourself

Kamu akan buat mereka bangga walaupun ada yang berpendapat kamu salah.Lelaki suka wanita yang petah bercakap tetapi bukan kuat membebel. Apatah lagi jika kamu bersungguh-sungguh bercerita pasal topik yang dia sebenarnya tak gemar. Contohnya fesyen dan masakan. Lagipun lelaki kadangkala malas nak memikirkan topik untuk berbual. Jadi kamu mulakan dulu.

Wanita rajin bersenam sebenarnya seksi

Lelaki secara senyap suka melihat wanita yang rajin ke gimnasium. Malah mereka teruja melihat wanita yang bersunguh-sungguh bersenam. Jangan fikir yang bukan-bukan pula. Tak semua lelaki memandang aset kamu ketika bersenam. Wanita yang gemar bersenam kelihatan seperti seorang yang berdisplin, ada misi dan berdikari.

Tampil classy bukan seksi!

Pakaian yang terlalu menonjolkan ‘aset’ kamu sangatlah overrated. Kamu nampak lebih chic dalam busana yang sopan. Memang lelaki tidak berhak untuk menentukan cara kamu berpakaian. tetapi lelaki sebenarnya rimas jika teman wanitanya dilihat oleh lelaki lain kerana terlalu seksi. Jika dia bangga kamu mendapat perhatian kerana pakaian yang seksi. Kamu rasa lelaki itu sayangkan kamu? Cuba fikir balik.

Dont play the game

Elakkan ‘jual terlalu mahal’ jika kamu suka lelaki itu. Lelaki malas mahu layan sebenarnya sikap jual mahal sesetengah wanita. Apatah lagi jika lelaki itu sudah matang. Mereka mahu straight to the point. Jika kamu pun suka dengannya, beritahu lelaki itu. Dan kamu boleh terus menjalin hubungan. Kan, senang?

 

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness