4 Mitos Perhubungan Kamu Perlu Tahu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Mitos Perhubungan Kamu Perlu Tahu

4 Mitos Perhubungan Kamu Perlu Tahu

Empat perkara ini selalu disebut-sebut, tapi ketahuilah kebenarannya: Ia mitos semata-mata!

 

Foto: Shutterstock.com

 

1. Menunggu Mr Right

Jika kamu terlalu mencari kesempurnaan, kamu juga yang akan kecewa akhirnya. Being imperfect menjadikan seseorang itu mudah didekati, kelakar, penyayang, empati dan vulnerable – kriteria yang kamu mahukan pada diri teman lelaki!

 

2. Cheat And It’s Over

Kebanyakan perhubungan berjaya walaupun pernah dicurangi sekali – jika kedua-dua pihak mengakui kesilapan. Tapi jika dia curang lebih daripada sekali, ‘angkat kaki’ ketika kamu masih muda untuk move on.

 

3. Dia Faham Apa Kamu Mahu

Lelaki tak boleh nak baca apa dalam minda kamu, so speak up. Kalau kamu tak luahkan yang kamu mahukan makan malam romantik, jangan marah jika dia buat tak tahu saja.

 

4. Bahagia Selamanya

Tak ada istilah ‘happily ever after’ dalam setiap perhubungan. Jika mahu ia berkekalan, kena ada kerja keras, negotiation, dan saling memahami. Dari situlah kamu boleh capai perhubungan yang diidamkan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor