4 Lokasi Paling Unik Dan Sukar Dilawati Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Lokasi Paling Unik Dan Sukar Dilawati Di Dunia

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu mungkin tidak pernah mendengar nama empat lokasi ini, malah mungkin tidak pernah terfikir untuk ke sana.

Kesukaran untuk melawati lokasi-lokasi ini adalah kerana sistem perhubungan yang terhad dan kedudukan yang terletak jauh daripada populasi penduduk yang ramai. Tetapi jika kamu terkandas di sana (kononnya), jangan risau, kamu masih lagi boleh ditemui kerana ia sesuai sebagai penempatan manusia.

Pulau Pitcairn

Terletak selatan lautan Pasifik, Pulau Pitcairn adalah antara empat pulau gunung berapi yang berada dalam wilayah lautan Britain. Walaupun jauh dari daratan, pulau ini mempunyai populasi yang terdiri daripada puak Tahiti seramai hanya lebih kurang 50 orang daripada empat buah keluarga.

Berkeluasan 47 kilometer persegi, Pulau Pitcairn sukar dilawati kerana sistem pengangkutan yang terhad. Bot hanya akan singgah sekali dalam tiga bulan yang mengambil masa 10 hari perjalanan, manakala lapangan terbang terdekat berada pada jarak 531km. Pulau ini juga disifatkan sangat terpelihara dan mempunyai hidupan flora dan fauna yang eksotik termasuk puluhan jenis burung dan kura-kura gergasi.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness