Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Info Sihat Tentang ‘Miss V’ Daripada Pakar Sakit Puan

Kebenaran mengenai bahagian sulit wanita yang diberitahu sendiri oleh pakar. Kamu pun boleh praktikkannya.

Cosmo faham –  kamu nak tetapkan tarikh untuk temu janji pap smear pun payah, apatah lagi nak berjumpa pakar sakit puan dengan kerap. Disebabkan itulah kami tolong tanya dan dapatkan jawapan daripada pakar dalam bidang ini. Daripada berubat sendiri (menjadi pula tu!) kepada punca sengugut melampau, inilah nasihat yang pakar berikan kepada teman baik mereka – supaya kamu tahu jawapan diberi adalah sah walaupun soalannya agak pelik.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Yogurt: Untuk dimakan dan merawat kawasan wanitamu

“Tiada bukti mengatakan yogurt semula jadi boleh sembuhkan jangkitan yis kerana belum pernah wujud kajian saintifik mengenainya,” kata Dr Christine Thevathasan, pakar ginekologi dan obstetrik. Namun, katanya, dia pernah memberi tip kepada seorang kawan supaya menyapu yogurt itu terus ke kawasan kemaluan kerana ia ada kalanya boleh membantu kurangkan rasa sakit. Ada sedikit lojik pada saranannya kerana yogurt berasid dan membantu menyeimbangkan keadaan.“Saya cadangkan supaya menyapu pada waktu malam kerana ia boleh jadi agak messy, kemudian baring dan pakai seluar dalam longgar yang selesa,” katanya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor