Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Info Sihat Tentang ‘Miss V’ Daripada Pakar Sakit Puan

Kebenaran mengenai bahagian sulit wanita yang diberitahu sendiri oleh pakar. Kamu pun boleh praktikkannya.

Cosmo faham –  kamu nak tetapkan tarikh untuk temu janji pap smear pun payah, apatah lagi nak berjumpa pakar sakit puan dengan kerap. Disebabkan itulah kami tolong tanya dan dapatkan jawapan daripada pakar dalam bidang ini. Daripada berubat sendiri (menjadi pula tu!) kepada punca sengugut melampau, inilah nasihat yang pakar berikan kepada teman baik mereka – supaya kamu tahu jawapan diberi adalah sah walaupun soalannya agak pelik.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Guna tampon boleh buat senggugut lebih teruk

“Pesakit selalu beritahu bila guna tampon senggugut akan rasa lebih teruk,” kata Dr Penny Adams. Sakit perut sewaktu haid biasanya disebabkan bahan seakan hormon dikenali sebagai prostaglandin, yang membuat uterus kamu kembang kuncup untuk memudahkan darah keluar dari tubuh. Banyak faktor, termasuk merokok, kopi dan alkohol boleh buat sakit itu lebih teruk, tapi mengambil ibuprofen atau ubat tahan sakit lain boleh mengurangkan pengeluaran prostaglandin. Bagi yang dah biasa dengan tampon, mungkin akan rasa kurang selesa dengan tuala wanita tapi mulakan dengan menukar pada tuala wanita untuk siang, dan malam kamu boleh kembali pada mengguna tampon. Lihat jika ini dapat kurangkan rasa sakit.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor