Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
love

4 Idea Semarak Percintaan

Mahu semarak percintaan? Pelajari cara untuk buatkan si dia jatuh cinta kepadamu…setiap hari!

love

 

Belajar Bahasa Pertuturannya

Kamu mungkin segan untuk sebut perkataan yang sedikit kasar yang digunakan oleh teman lelakimu tetapi sekali-sekala tidak salah dan ia boleh beri kesan positif. Kecenderungan ini boleh menguatkan hubungan cinta kalian dan dia akan lebih menghargaimu. Tip Cosmo: Pelajari slang yang digunakannya bersama rakan-rakannya. Jadi tidaklah kamu berasa janggal nak berbual dengan mereka bila si dia ajak kamu keluar bersama teman-temannya nanti.

 

Manjakan Si Dia

Ambil tahu minuman kegemarannya atau buat delivery pizza ke pejabatnya selepas dia selesai mesyuarat. Menurut kajian, jika si dia mendapat penghargaan yang tidak berbelah bagi daripada kamu, si dia akan lebih sayang dan rapat denganmu. Jadikan ini sebagai amalan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Manalah tahu si dia juga akan mula lakukan perkara yang sama untuk balas jasa dan kerpihatinanmu.

 

Berani Tunjukkan Sikap Sebenar

Katakan kamu suka mengemas isi peti sejuk mengikut turutan warna… Tetapi kamu enggan beritahu si dia kerana tidak mahu dianggap freak. Jangan begitu. Bersikaplah terbuka pada diri sendiri dan pasangan agar kalian lebih rapat.

 

Ketahui Matlamat Hidupnya

Ya, teman lelaki kamu ada cita-cita. Tetapi penyelidik menyatakan kamu harus memberikannya inspirasi untuk lebih maju. Jika dia sanggup bekerja lebih masa dan cuba memperbaiki diri sendiri serta mutu kerjanya, ini bermakna kamu punya peluang baik. Dan lelaki sebegini cenderung mendapat pasangan ideal… Seperti kamu!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor