Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Ciri Rakan Lelaki Idaman

Tak bermakna kamu kena jatuh cinta dengannya pun. Kawan wanita memang terbaik tetapi kawan lelaki akan berikan pandangan berbeza yang kamu perlukan. Ini ciri rakan lelaki idaman yang kamu perlukan.

 

48316276_l

JEJAKA YANG BOLEH BERIKAN PERSPEKTIF LELAKI
Kenapa kamu perlukannya: Kamu dan rakan wanita boleh buat spekulasi berjam-jam tentang punca lelaki buat perkara itu dan ini – atau kamu boleh terus tanya kepada seorang lelaki, yang akan jelaskan dalam 10 minit atau kurang. “Mendapat perspektif orang tentang cara pemikiran, perasaan dan perangai lelaki adalah kelebihan persahabatan lelaki-wanita,” kata Michael Monsour, PhD, penulis Women and Men as Friends. Bukan saja dia boleh berikan inside scoop tentang sebab suamimu tiba-tiba murung, tetapi juga maklumat jujur yang kamu tak dapat daripada kawan wanita. Kawan begini adalah “mutiara yang akan give it to you straight atau takkan cakap berlapik,” kata Dr Suzy.

 

YANG JENIS BOLEH DIHARAP BILA KAMU PERLUKAN KERAHAN TENAGA
Kenapa kamu perlukannya: Itulah sebabnya Tuhan cipta lelaki lebih gagah daripada wanita, dan mereka tak perlu lahirkan anak pun! Tetapi wanita feminis pun akan mengaku, bab mengangkat barang bila kamu nak pindah rumah memang kerja lelaki. Indahnya persahabatan sebegini adalah dia akan bersetuju untuk tolong tanpa motif tersembunyi. Sudah tentu dia akan hargai kalau kamu masakkan lauk kegemarannya sebagai tanda terima kasih, atau belanjanya tengok wayang filem kegemarannya, tapi dia takkan harap untuk masuk dalam selimutmu. Dia juga lelaki yang bersedia untuk jadi temanmu bila kamu perlu bawa seseorang untuk majlis penting atau perkahwinan. Pandangan simpati ibu saudaramu itu? Tepis saja.

 

YANG BOLEH DIAJAK BERCANDA TETAPI TIDAK DIANGGAP SERIUS
Kenapa kamu perlukannya: Kalian dah bersetuju, cinta takkan wujud antara kalian, dan itu adalah satu kebebasan yang menyegarkan terutamanya bila melepak bersama. Kamu boleh jadi dirimu dan berlatih bercanda tanpa perlu ke mana-mana. Lelaki ini akan jadi ketua pasukan sorakmu, berikan kata-kata semangat bila kamu rasa sedih, dan nasihatnya boleh dipercayai. “Kamu tahu siapa yang takkan memuji kamu saja-saja? Lelaki. Menerima pujian daripada mulut lelaki ibarat kamu berjaya mencabut gigi ikan jerung,” kata Jessica Ciencin Henriquez, penulis My Double Life in Therapy. “Saya pasti yang bila seorang kawan lelaki kata saya nampak langsing sedikit berbanding sebelumnya, ianya benar… Dan bukannya sebab dia bersimpati saya perlu lakukan aqua cycling sebulan lalu dan masih menunggu hasilnya,” katanya.

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist